Isnin, 15 September 2014

Dua das tembakan amaran telah dilepaskan oleh nelayan asing diperairan Malaysia


KUALA TERENGGANU - “Tangkap dulu, lepas tu baru kita cerita kemudian,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berhubung isu salah guna bot di kalangan warga asing yang menghantui nelayan khususnya di Pantai Timur.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Sesi Dialog bersama wakil nelayan Terengganu di pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini kelmarin, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Maritim, Datuk Mohd Amdan Kurish.

Menurutnya, pendekatan itu kini dipraktikkan melalui APMM serta agensi terlibat itu, bagi mengekang kegiatan pencerobohan nelayan asing yang semakin berani mencabar undang-undang dan kedaulatan negara.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara ini susulan satu laporan polis dibuat nelayan tempatan berhubung ancaman keselamatan, berikutan nelayan asing telah melepaskan dua tembakan kepada mereka di Perairan Laut Tenggol di Dungun minggu lalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...