Khamis, 18 September 2014

PENJARA ADALAH TEMPAT TERBAIK UNTUK ANWAR ?

Istana Selangor tegur Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Istana Selangor hari ini dalam satu kenyataan menegur Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, beliau telah dititahkan oleh tuanku bagi memberi penjelasan untuk menafikan kenyataan Anwar yang menyatakan menghantar satu nama calon menteri besar merupakan amalan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.


"... sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai fakta yang tepat, beliau dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor,” kata Mohamad Munir dalam kenyataan itu.

Beliau sebelum itu menjelaskan, pemimpin parti PR telah diminta oleh istana untuk mengemukakan empat nama calon menteri besar selepas PRU13.

Bagaimanapun, PR hanya mencadangkan satu nama iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...