Jumaat, 19 September 2014

Kuala Nerus diisytihar daerah baru


Kuala Nerus: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Mukim Kuala Nerus sebagai daerah terbaru di Terengganu. Beliau mengumumkan perkata itu dalam ucaptama perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.
"Kuala Nerus mempunyai banyak institusi pengajian antaranya UniSZA dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selain prasarana seperti Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Stadium Sultan Mizan serta Stadium Tertutup Gong Badak.
"Maka, kerajaan bersetuju mengumumkan Parlimen Kuala Nerus sebagai daerah terbaru iaitu kelapan di Terengganu," katanya.
Parlimen Kuala Nerus mempunyai keluasan 39,890 hektar dan didiami lebih 200,000 penduduk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...