DUNGUN – Seorang guru sekolah rendah
ditahan kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di
sebuah rumah teres satu tingkat, dekat sini, petang kelmarin.
Rahsia penglibatan kakitangan awam itu
terbongkar selepas risikan polis mengesan sebuah rumah yang dijadikan tempat
melepaskan gian kerana sering dikunjungi individu mencurigakan, disyaki penagih.
Guru terbabit dikatakan bijak
menyembunyikan perbuatan tidak bermoral itu sebelum segalanya terbongkar dalam
serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Daerah diketuai Sub Inspektor Ismail Omar, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.
Sebaik menyedari kehadiran polis,
sekumpulan penagih termasuk guru terbabit yang berada di dalam rumah berkenaan,
dikatakan enggan membuka pintu menyebabkan polis terpaksa mengumpil dan
memecahkan pintu utama untuk melakukan pemeriksaan.
Sebuah bilik rumah teres difahamkan milik bapa guru terbabit yang juga pemimpin NGO itu dipercayai dijadikan tempat melepaskan gian berikutan penemuan beberapa peralatan untuk mengambil dadah.
Sebuah bilik rumah teres difahamkan milik bapa guru terbabit yang juga pemimpin NGO itu dipercayai dijadikan tempat melepaskan gian berikutan penemuan beberapa peralatan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, guru terbabit yang
difahamkan anak seorang tokoh politik (Sumber) dikenali di Dungun, menafikan dia
terlibat penyalahgunaan dadah sehinggalah ujian saringan air kencing mendapati
dia positif syabu.
Guru lelaki berusia awal 30-an dan
dikatakan masih bujang itu juga dipercayai sudah lama terlibat penyalahgunaan
dadah tanpa pengetahuan bapanya.
Selain guru terbabit, tiga lagi rakannya turut diberkas selepas didapati positif dadah, termasuk seorang pengedar berusia 34 tahun yang menjadi buruan polis sejak beberapa bulan lalu.
Selain guru terbabit, tiga lagi rakannya turut diberkas selepas didapati positif dadah, termasuk seorang pengedar berusia 34 tahun yang menjadi buruan polis sejak beberapa bulan lalu.
Dalam serbuan itu, suspek disyaki
memiliki dadah selepas penemuan lapan paket dipercayai syabu dalam poket
seluarnya dengan nilai anggaran RM1,600, dan disiasat mengikut Seksyen 12(2)
serta ditahan reman sehingga 23 Oktober ini.
Sementara itu, guru terbabit bersama dua
lagi rakannya yang difahamkan bekerja sebagai pemandu lori dan pekerja badan
berkanun pula, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut
mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mereka dilepaskan dengan jaminan polis
sehingga laporan kimia diterima untuk mengesahkan status urin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan