Jumaat, 21 Ogos 2015

RAJA BAHRIN DAHAGAKAN PROJEK

PAS Kuala Terengganu putus semua hubungan dengan Raja Bahrin

KUALA TERENGGANU: PAS Kuala Terengganu telah memutuskan segala bentuk hubungan dengan ahli Parlimennya, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah berikutan pengumuman beliau sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Terengganu.

Keputusan itu dibuat PAS Kuala Terengganu pada mesyuaratnya pada Sabtu.

Rabu, 22 Julai 2015

Sambutan Aidilfitri terbesar di Eropah

LONDON 18 Julai - Kira-kira 70,000 umat Islam berkumpul menunaikan solat sunat Aidilfitri di Small Heath Park di Birmingham, semalam dalam satu perhimpunan terbesar umat Islam di Eropah bagi menyambut Aidlfitri pada tahun ini.

Sejurus selesai menunaikan solat sunat, kumpulan itu kemudiannya berpecah mengunjungi gerai-gerai makanan dan taman hiburan berhampiran.

Pengurus Masjid Green Lane, Amer Ijaz berkata, persediaan untuk mengadakan majlis besar-besaran itu dirancang sejak enam bulan lalu.

Isnin, 20 Julai 2015

SKMM PERLU BERTINDAK CEPAT


PETALING JAYA: Laman web Sarawak Report telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia boleh menjejaskan kestabilan negara.

Di laman Facebook SKMM berkata,  laman web itu disekat selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai bahawa ia telah memuat naik maklumat tidak berasas.

"Laman web ini telah disekat di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ," jelas SKMM.

Katanya juga, akses akan disekat sehingga siasatan Pasukan Petugas Khas terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selesai.

SKMM juga turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila berkongsi maklumat melalui media sosial, yang boleh menyebabkan kekacauan dan menjejaskan kestabilan negara sekiranya maklumat itu tidak benar.


Laman web Sarawak Report telah menjadi sumber utama dakwaan salah laku mengenai 1MDB , dan telah menerbitkan beberapa cerita mengenai pelaburan kerajaan .

Sabtu, 4 Julai 2015

Gangguan bekalan air kritikal menjelang raya?


KUALA TERENGGANU - Sebanyak 58,000 buah rumah sekitar Kuala Terengganu dan Marang yang mengalami gangguan bekalan air sejak awal Mei lepas, dijangka akan berdepan situasi kritikal menjelang Aidilfitri nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu), Ir Atemin Sulong berkata, masalah berlaku disebabkan musim kemarau dan penggunaan air melebihi jumlah bekalan berikutan pertambahan kawasan perumahan baharu, hotel dan kompleks perniagaan.

Sabtu, 30 Mei 2015

Isu Rohingya: Akhbar Thailand Persenda Malaysia


WAN JUNAIDI BENGANG

PETALING JAYA: Penemuan tapak perkuburan besar-besaran di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini menjadi 'mainan' media negara jiran berhubung sikap Malaysia dalam menangani isu pelarian Rohingya dan Bangladesh.

Menerusi lukisan kartun yang disiarkan sebuah akhbar di Bangkok, Thailand, pelukis tersebut mendakwa 'Malaysia benar-benar memalukan' susulan penemuan mengejutkan itu.

Imej kartun yang disiarkan akhbar The Nation dikongsi oleh bekas wartawan AFP,  Parameswaran Ponnudurai di laman Facebook.

Jumaat, 29 Mei 2015

Amy bengang Search dianggap 'hantu'


PETALING JAYA: Penyanyi-penyanyi rock membidas seorang pakar motivasi dikenali sebagai Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad - pemimpin muda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kerana menyelar kumpulan Search sebagai 'hantu' yang dijemput mengadakan persembahan pada Festival Belia Putrajaya pada 24 Mei lalu.

Vokalis kumpulan Wings, Awie berkata, kenyataan pemuda itu seolah-olah datangnya daripada seseorang yang tidak berakal tanpa memikirkan kesan akibat perbuatannya itu.

Malah kata Awie, Muhammad Lukman langsung tidak menghormati vokalis Search, Amy sebagai seorang yang lebih tua daripadanya ketika membuat kenyataan tersebut. "Pada saya ketika dia membuat kenyataan itu dia tidak sempat berfikir perkataan digunakan dan langsung tidak menghormati Amy sebagai orang yang lebih tua daripadanya.


"Amy sudah berusia 57 tahun dan adakah dia sedar pengalaman Amy mungkin lebih banyak daripadanya? "Jangan hanya kerana dia menggelar dirinya pakar motivasi dia berhak mengeluarkan kenyataan dangkal seperti itu sehingga terlupa tentang perkara baik dilakukan Search atau penyanyi rock lain," ujarnya. 

Rabu, 11 Mac 2015

Suspek rogol dibunuh, 3 pegawai digantung tugas


GUWAHATI 7 Mac  Kerajaan negeri Nagaland di timur laut India, bertindak menggantung tiga pegawainya dari tugas semalam berikutan kejadian seorang suspek perogol diheret keluar dari sebuah penjara dan dipukul sehingga mati oleh ratusan penduduk.

Mereka yang digantung tugas ialah seorang hakim majistret daerah Dimapur, superitendan polis dan warden penjara, kata Ketua Menterinya, T. R. Zeliang.

Tindakan itu dilakukan apabila sekumpulan penduduk membelasah sehingga mati suspek kes rogol berkenaan selepas dia dibogelkan dan diheret sejauh enam kilometer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...