Sabtu, 19 Julai 2014

WOW...INI LAGI HEBAT, PAKAIAN CORAK AYAT QURAN ??

Ini sudah lebih, langsung tidak menghormati Sensitiviti Umat Islam. Nonya ne dah keterlaluan ataupun saja nak mencari pasal dengan orang Islam ???

Kejadian ini berlaku di Pasaraya HERO Taman Dagang Ampang.

Sumber:FB

Tempoh reman blogger kemarok disambung 4 hari lagi

Alor Setar: Tempoh tahanan reman terhadap seorang blogger yang melakukan ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah disambung empat hari lagi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi berkata, tahanan reman lelaki berusia 37 tahun itu berakhir semalam, sebelum dilanjutkan sehingga 20 Julai ini bagi membantu siasatan.
Menurutnya, permohonan lanjutan tempoh reman itu dibuat bagi melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Jumaat, 18 Julai 2014

Kemaman Dan Kuala Terengganu Berisiko Hadapi Gangguan Bekalan Air


KUALA TERENGGANU, 17 Julai (Bernama) -- Kemaman dan Kuala Terengganu bakal berdepan gangguan bekalan air bersih dalam tempoh dua hingga lima tahun lagi jika projek menaik taraf dan membina loji baharu lambat dijalankan.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Husain Embong berkata Kemaman paling kritikal kerana kapasiti loji rawatan air di Bukit Sah, Chukai kini sudah mencapai tahap maksimum.

"Sepatutnya projek menaik taraf loji air di Bukit Sah dan pembinaan satu lagi loji rawatan air serta sebuah empangan kecil di bukit itu sudah patut diteruskan namun terdapat halangan ketika ini.

Khamis, 17 Julai 2014

MASIH ADA LAGI YANG BAHLOL ???


KOTA BHARU - Seorang suri rumah bukan sahaja kerugian RM12,300, malah hadiah sebuah tilam ‘Jade’ yang kononnya bernilai lebih RM55,000 seperti dijanjikan sebuah syarikat jualan langsung yang menjalankan tawaran hadiah kepada pemenang secara percuma lesap begitu sahaja.
    
Taktik terbaharu digunakan ialah dengan teknik 'sentuh dan menang' menyasarkan golongan 30-an sehinggalah warga emas.

Mangsa enggan dikenali berkata, kejadian seminggu lalu ketika dia ke sebuah pasar raya di bandar ini untuk membeli kelengkapan persiapan Aidilfitri dan ketika itu, dia dihampiri dua jurujual,  seorang lelaki dan wanita.

Rabu, 16 Julai 2014

TAHNIAH KERAJAAN MENGENAKAN PERMIT KEMASUKAN KENDERAAN ASING

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan bersetuju mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) kepada kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui Johor.
Pengumuman itu dibuat ketika beliau berucap pada majlis berbuka puasa tadi.
"Saya telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga memaklumkan kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar mengenai keputusan kami.
"Saya telah mengarahkan beliau untuk memaklumkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mereka memperhalusi butir-butirnya sebelum VEP dilaksanakan," kata beliau semalam.

GAZA: KEMATIAN MENINGKAT 195, CEDERA 1,42O ORANG DAN SEMAKIN MENINGKAT !!!

Gaza, (Palestin telegraf) - Kematian meningkat dan mencapai 195 orang, manakala yang cedera sehingga kini 1,420 orang, menurut sumber-sumber perubatan.
Tentera Israel lebih daripada 2,000 orang telah dikerah termasuk tentera udara, laut dan darat membuat serangan terhadap beratus-ratus penduduk awam.
Euro - Pertubuhan hak asasi manusia menyatakan bahawa serangan tentera Israel adalah bertujuan untuk menjadikan rumah awam sebagai sasaran dalam pelbagai sejak serangan ke atas Gaza bermula.  

Amaran angin kencang dan laut bergelora


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Rammasun yang dikesan kira-kira 1,192 kilometer ke timur Laut Sandakan, Sabah pada pukul 5 pagi tadi.
Taufan berkenaan dikesan pada Latitud 12.7 U dan Longitud 126.4 T yang bergerak ke arah barat dari kawasan itu dengan anggaran kelajuan 20 kilometer (km) sejam.
Ekoran itu, keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang sedang berlaku di perairan Perlis dan Langkawi dijangka berterusan sehingga hari ini.
Selain itu, ribut petir juga berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri).
Menurut kenyataan Jabatan Metereologi, keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...