Rabu, 16 Julai 2014

Amaran angin kencang dan laut bergelora


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Rammasun yang dikesan kira-kira 1,192 kilometer ke timur Laut Sandakan, Sabah pada pukul 5 pagi tadi.
Taufan berkenaan dikesan pada Latitud 12.7 U dan Longitud 126.4 T yang bergerak ke arah barat dari kawasan itu dengan anggaran kelajuan 20 kilometer (km) sejam.
Ekoran itu, keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang sedang berlaku di perairan Perlis dan Langkawi dijangka berterusan sehingga hari ini.
Selain itu, ribut petir juga berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri).
Menurut kenyataan Jabatan Metereologi, keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...