Khamis, 4 Disember 2014

Penduduk Indonesia pilih Malaysia

KALIMANTAN, 3 Disember: Ramai rakyat Indonesia, terutamanya yang tinggal di kampung-kampung di Kalimantan Utara, berdekatan sempadan Sabah mempunyai dua kad pengenalan.
Yang pertama, kad tanda penduduk Indonesia dan kedua ialah kad pengenalan Malaysia.
Tambilakan, 61, seorang penduduk di Kampung Labang, Lumbis Ogong di daerah Nunukan, Kalimantan Utara berkata, kedua-dua kad penduduk dan pengenalan itu sangat penting baginya.
Tambilakan sudah biasa hidup di dua negara, memandangkan Kampung Labang terletak bersebelahan sempadan Sabah.

Selasa, 2 Disember 2014

WAYANG "PEK JEE" BERTERUSAN DI SELANGOR ???

DUN Selangor Lulus Potong Gaji Empat Jawatan Penting Termasuk MB
Elaun bagaimana pulak ?
SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin meluluskan cadangan pemotongan gaji bagi jawatan Menteri Besar, anggota exco, speaker dan timbalan speaker berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2014 memperuntukkan gaji menteri besar dikurangkan daripada RM29,500 kepada RM25,000.
Gaji anggota exco dari RM20,250 kepada RM15,000; gaji speaker daripada RM22,500 kepada RM15,000 dan gaji timbalan speaker daripada RM15,750 kepada RM10,000.  

Ahad, 23 November 2014

PADAH MENCARI KERANG LUPA KESELAMATAN


MARANG – Kegembiraan orang ramai yang datang bertali-arus untuk mengutip kerang di sekitar kawasan Pantai Rhu Dua, di sini, bertukar cemas apabila seorang pemuda berusia 20-an nyaris lemas, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa dikatakan asyik mengutip kerang hingga dihanyutkan ombak ke tengah laut sebelum orang ramai membantu dengan menarik mangsa ke darat.

Sabtu, 22 November 2014

HUSAM NOK GANTI HADI PULOK ???


Kempen Husam Ganti Hadi Sebagai Presiden PAS Sudah Bermula…
Kempen mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai Presiden PAS menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah bermula hari ini.

Satu poster yang menamakan Husam sebagai Presiden PAS ke-8 telah disiarkan di facebook Abdul Rahman Abdul Talib (Tulang Besi Malaysiawaves) memperkenalkan Husam sebagai tokoh pelapis yang paling berpotensi dan terkemuka dalam PAS.

“Ahli ahli PAS diminta berani melakukan perubahan…..

“Bagi memulihkan kecalaran Imej PAS dan mengembalikan kenyakinan golongan bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan….

“Beliau bijak dalam pengurusan kewangaan dan ekonomi, mahir berbahasa Inggeris dan Arab, berpengalaman dalam strategi politik.

“Kalau Husam berjaya memenangi jawatan Presiden PAS , kegemilangan PAS-DAP-PKR pasti akan bersinar semula……Ikhlas dari hati…Hadi Tidak relevan lagi…perlu di ganti !,” kenyataan dari poster itu dipetik.


Khamis, 20 November 2014

Mangsa banjir Terengganu meningkat


KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa yang dipindahkan akibat banjir di Terengganu tengah hari ini, meningkat kepada 2,353 orang berbanding 2,312 orang pada sebelah pagi.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu dalam kenyataan hari ini, berkata setakat ini lima daerah terjejas akibat banjir iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Marang.

Kuala Terengganu mencatat jumlah tertinggi mangsa sebanyak 1,594 orang daripada 412 keluarga dan kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan membabitkan sekolah dan pusat sivik.

Selasa, 18 November 2014

Banjir: 20 Penduduk Di Chendering, Kuala Terengganu Berpindah


KUALA TERENGGANU: Sebanyak 20 penduduk termasuk seorang warga emas dari lima keluarga di Kampung Binjai, Chendering di sini berpindah lewat Isnin selepas kediaman mereka mula ditenggelami air.

Kesemua mereka berpindah ke pusat perpindahan SK Chendering kira-kira pukul 4 petang.

Seorang penduduk Zainun Din, 54, berkata dia mula menyedari air masuk ke dalam rumahnya kira-kira pukul 5 pagi Isnin.

"Ketika hendak menunaikan solat subuh saya dapati hadapan rumah penuh dengan air dan saya bersama anak-anak mula mengemas rumah dan memindahkan barang-barang elektrik ke tempat yang lebih tinggi. 

"Bimbang air bertambah naik saya serta beberapa penduduk yang lain mula berpindah selepas asar tadi," katanya ketika ditemui pemberita. 

Hujan sejak Khamis lalu menyebabkan beberapa buah kampung dinaiki air. 


Bagaimanapun setakat ini tiada jalan ditutup. 

Isnin, 17 November 2014

TPM > DENGGI KENA PANTAU, CAMERON HIGHLANDS PUN KENA PANTAU ???

Menteri Besar Pahang buat apa ???

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal membuka pejabat yang khusus di Cameron Highlands dan menempatkan pegawainya di sana.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira situasi di Cameron Highlands ketika menjalankan pemeriksaan sejak Mei, tahun lalu.

“...SPRM juga ada menerima pandangan daripada orang ramai agar SPRM membuka pejabat yang khusus di Cameron Highlands bagi memantau dakwaan elemen rasuah dengan rapi.

“Salah satu isu yang dikenal pasti oleh SPRM ketika menjalankan pemeriksaan sejak Mei 2013 ialah tidak ada pusat yang khusus dan sistematik untuk orang ramai membuat aduan dengan berkesan berkenaan aktiviti pembukaan kawasan pertanian secara haram dan mengenai elemen rasuah.

“Justeru, SPRM telah memutuskan untuk menempatkan pegawai SPRM di Cameron Highlands bagi meningkatkan pemantauan secara dekat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...