Khamis, 10 Mac 2011

Olimpik: Malaysia seri di Lahore, tapi menang agregat...

Malaysia catat keputusan seri tanpa jaringan di Lahore apabila anak-anak buah Ong Kim Swee itu berkunjung ke Pakistan untuk perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik.

Dengan keputusan itu bermakna Malaysia mara ke pusingan kedua dengan agregat 2-0. Ini berikutan kejayaan skuad Olimpik negara menundukkan Pakistan pada perlawanan pertama di Stadium Shah Alam tempoh hari.
Tahniah kepada skuad Olimpik tapi perjalanan masih jauh dik. Pusingan kedua nanti Malaysia mungkin berdepan dengan skuad yang lebih kuat berbanding Pakistan.

Hasrat rakyat Malaysia nak tengok perlawanan kedua-dua pasukan itu tidak kesampaian apabila siaran langsung di TV1 dan Astro Arena dibatalkan berikutan masalah teknikal di pihak Pakistan yang menyediakan siaran tersebut. Khabarnya gambar di Lahore tidak dapat ditransmit oleh satelit.

Akibat tiada siaran langsung, ramai peminat bola sepak negara beralih ke Facebook Pakistan Football Association (PFA) kerana di sana PFA menyediakan ulasan langsung. Walaupun buyers gila terhadap pasukan mereka tetapi sekurang-kurang kita di sini dapat mengetahui perkembangdan di Lahore dan dapat keputusan segera perlawanan.

Wow! Nampaknya kalau dah tak ada rotan, akar pun jadik ye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...