Selasa, 15 Julai 2014

TIGA TIMBUL TIGA PECAT, KALAU 50 % TIMBUL BAGAIMANA PULAK ???

PAS Pecat Tiga Ahli Terlibat Dengan Gerakan Militan.

PAS telah memecat tiga ahlinya, Dr Mahmud Ahmad, Mohd Najib Husen dan Muhammad Joraime Awang Raime yang sebelum ini pernah diburu polis kerana terlibat dalam gerakan militan di luar negara.
Pemecatan keahlian parti mereka disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
“Mereka digugurkan sebagai ahli PAS dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan semalam,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata polis sedang memburu lima lagi rakyat Malaysia yang terlibat dengan kegiatan kumpulan militan.

Khalid dalam satu kenyataan pada 2 Julai berkata, Mahmud juga dikenali juga sebagai Abu Hanzalah, 36, beralamat di Taman Selayang Baru, Batu Caves adalah pensyarah di Universiti Malaya(UM).
Mohd Najib adalah pemilik kedai fotostat dan alat tulis di UM yang tinggal di Pangsapuri Tainia, Kota Damansara.
Manakala Muhammad Joraime, kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang, tinggal berdekatan kawasan perumahan Mahmud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...