Sabtu, 26 Julai 2014

HADI DAH BERTAUBAT !!!


TAKBEER..... ini semua adalah ketentuan ALLAH S.W.T. Berlebih-lebih lagi dalam Bulan Ramadan Al-Mubarak.

Hajat Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak letak isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor nampaknya sudah sangkut habis.

Ibarat simpul mati...Ketua Umum PKR itu tidak lagi dapat meneruskan 'Langkah Kajang' untuk pancung Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kalau sebelum ini cuma cakap-cakap tidak rasmi saja, Jumaat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tampil bersuara mengenai isu kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.


Anwar terpaksa telan pil pahit kerana Presiden PAS sudah tidak ganjak dalam pendiriannya mahu Khalid kekal sebagai Menteri Besar.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza," katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila dekat Kuala Terengganu.

Pendirian PAS dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor sangat penting.Ini kerana PAS pegang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor sama banyak dengan DAP.

PKR pula cuma ada 14.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...