Donetsk (Ukraine):
Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan, malam tadi, selepas
kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut
dengan ketidaktentuan politik.
Pengumuman mengejutkan
itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini bergolak
selepas dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan
berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas akibat ditembak
jatuh minggu lalu.
Sebelum itu beberapa
parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.
Perkembangan itu membuka
jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam
tempoh 30 hari.
Walaupun gencatan senjata
diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta,
pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang
terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.
Tentera Ukraine
melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam gerakan
menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan
pemberontak pro-Russia. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan