Khamis, 14 Ogos 2014

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA UNTUK TEMPOH 72 JAM YANG AKAN DATANG


SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Kedah, P.pinang, Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Sarawak (Miri, Bintulu dan Mukah) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga tengahari, Khamis, 14 Ogos 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Bunguran, Reef South, Reef North, WP Labuan dan Sulu dijangka berterusan sehingga tengahari, Khamis, 14 Ogos 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...