Ahad, 10 Ogos 2014

Isu MB: Rakyat Selangor tersepit


Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor menyebabkan masalah yang dihadapi rakyat negeri itu terpinggir.

Perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berikutan kelewatan kerajaan negeri menyelesaikan beberapa isu yang membebankan termasuk bekalan air dan jerebu.

“Sekarang rakyat Selangor khususnya kawasan Bandar Puteri. Kawasan ini mengalami masalah pembakaran terbuka dan menyebabkan jerebu dan paling merisaukan kerana kita juga bakal mengalami masalah bekalan air yang mencukupi.

“Pembakaran terbuka itu memberi impak pencemaran udara yang teruk di 15 taman yang berdekatan yang mempunyai beratus ribu penduduk,” katanya di sidang media di pejabatnya.

Menurutnya, perkara itu perlu diambil tindakan segera oleh kerajaan negeri dan pihak yang bertanggungjawab kerana ia menyebabkan kesihatan penduduk terjejas.

Charles berkata buat masa ini tindakan tidak boleh diambil ke atas penyebab kebakaran terbuka itu kerana tidak mengetahui tanah itu milik siapa.

“Kita tidak boleh membawa kes itu ke mahkamah kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi. Oleh itu, saya menyeru pihak yang terbabit mengenepikan politik buat sementara waktu dan memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah ini,” katanya.

Sementara itu ketika mengulas mengenai isu bekalan air bersih, dia mengesyorkan kerajaan negeri supaya mengharamkan sepenuhnya perniagaan mencuci kereta. (AP KLANG TIDUR AGAKNYA - MASALAH AIR KAN DAH SELESAI ??)

Katanya, penggunaan air bagi tujuan memasak, mencuci dan kegunaan harian perlu diberi keutamaan.

Sebelum ini, ancaman bekalan air menyebabkan kerajaan negeri menghadkan perniagaan cuci kereta dari jam 12 tengahari sehingga jam 6 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...