TINDAKAN PERLU DILAKUKAN PERLU DILAKSANAKAN OLEH PBT KLIK
KEMAMAN –
“Makcik tengok cucu tak mahu berenggang dengan arwah, tapi tak terlintas di
fikiran yang arwah akan habis umur (meninggal dunia),” kata ibu kepada seorang
mekanik, Mohd Nurul Hafizul Mohd, 30, yang terbunuh selepas motosikal
ditungganginya terlanggar lembu, malam kelmarin.
Nahas
berlaku kira-kira jam 8 malam di Kilometer 131.9 Jalan Lama Kuala
Terengganu-Kuantan dekat Kampung Titian Berayun, Kijal, semasa mangsa dalam
perjalanan pulang dari rumah orang tuanya di Rumah Murah Pantai Penunjuk, Kijal
ke rumah mentua di Kampung Gong Chengal, Kemasik.
Mangsa
yang bakal menyambut kelahiran anak ketiga, meninggal dunia di lokasi kejadian
akibat kecederaan parah pada badan dan kepala selepas tercampak sejauh
kira-kira 10 meter sejurus terlanggar seekor lembu yang melintas jalan.
Akibat
kemalangan itu, motosikal Honda EX5 dinaikinya rosak dan lembu terbabit pula
mati di tengah jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan