LONDON 9 Ogos - Seorang kanak-kanak
perempuan di Britain mengalami detik-detik menakutkan apabila tergigit dan
tercekik besi tajam yang terdapat dalam aiskrim yang dinikmatinya.
Aurora yang berusia empat tahun,
menikmati aiskrim tersebut bersama adiknya, Tobias, 2, selepas ibu mereka,
Cherish Allen, 22, membeli empat bungkus aiskrim jenis Dairy Milk Caramel dari
sebuah kedai runcit berdekatan rumah mereka di Bell Green, Coventry.
Portal berita Mail Online yang memetik
kenyataan Allen melaporkan, Aurora secara tiba-tiba menjerit kesakitan ketika
sedang makan aiskrim itu akibat tercekik sesuatu benda yang keras.
Allen kemudian memeriksa mulut anaknya
itu dan mengesan satu benda bersinar yang merupakan spring besi di dalam rahang
anaknya.
"Saya juga menemukan bebola besi
pada bahagian bawah aiskrim yang masih belum dimakan oleh anak saya.
"Kejadian itu memberi kesan buruk
kepada Aurora yang tidak mahu makan akibat kesakitan di bahagian tekak yang
luka akibat dicucuk spring besi itu," katanya.
Syarikat Cadbury dalam satu kenyataan
berkata, kejadian yang menimpa Aurora sangat membimbangkan kerana serpihan besi
tidak sepatutnya berada dalam produk aiskrim itu.
"Pihak syarikat telah mengambil
langkah keselamatan yang tinggi untuk memastikan kejadian seperti itu tidak
berlaku lagi dan semua produk yang dihasilkan akan diperiksa terlebih dahulu
melalui mesin pengimbas logam sebelum dipasarkan.
"Pihak syarikat juga akan
memastikan siasatan penuh dijalankan berhubung insiden terbabit," jelas
kenyataan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan