PKR –
Parti Kelentong Rakyat, DAP - Dalang Antara Pakatan.
Menteri Besar
Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan beliau adalah calon
tunggal yang dinamakan untuk memegang jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum
ke-13 pada tahun lalu, berbeza dengan dakwaan yang dibuat PKR dan DAP malam
tadi.
"Cerita ini tidak dilaporkan dengan baik. Ada juga keadaan di
mana permohonan berasingan dibuat PKR dan PAS pada 2008 dan juga 2013,"
katanya pada sidang media hari ini.
"Bukan hanya satu nama...ada lebih satu nama yang dicadangkan
dari masa ke masa kepada istana," katanya.
Malam tadi, PKR dan DAP berkata, mereka hanya akan menghantar satu
nama saja iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk
dicalonkan sebagai menteri besar walaupun Sultan Selangor menitahkan Pakatan
Rakyat menghantar lebih dua nama calon daripada setiap parti.
Ia adalah amalan sebelum ini iaitu pada 2013 apabila Sultan
Selangor meminta 4 nama calon menteri besar. – 27 Ogos, 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan