KUALA NERUS – Jika tahun sebelum ini, dia lebih
tertumpu menghias motosikal klasiknya dengan pelbagai saiz dan rekaan bendera,
namun kali ini Juhari Mat Amin, 63, punyai cara tersendiri bagi menyemarakkan
lagi sambutan merdeka.
Mungkin telah kehabisan idea atau lebih tepat
ingin mencari kelainan, sempena sambutan kemerdekaan ke-57 kali ini, bekas
tentera itu memilih untuk menghiasi tandas awam yang dijaganya di Pantai Teluk
Ketapang, di sini, dengan pelbagai saiz Jalur Gemilang.
Menurut Juhari, idea untuk memasang bendera di
tempat awam itu terhasil apabila dia ingin memberi lebih kesedaran kepada
masyarakat agar turut sama menyemarakkan bulan kemerdekaan.
“Sebelum ini, motosikal saya jadi perhatian
ramai kerana saya hiasnya dengan pelbagai bentuk bendera, tapi kali ini saya
buat kelainan dengan menghias tandas awam pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan