Sabtu, 30 Ogos 2014

LGE SEMAKIN KURANG AJAR DAN MENCABAR KPN



KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan menangkap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata PPS dilihat telah terpesong daripada tujuan sebenar ia ditubuhkan empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat.


"PPS telah mula memukul orang, ada wartawan telah dipukul, malah ada orang tak setuju dengan mereka, telah dibelasah mereka...sekurang-kurangnya dua laporan polis telah diterima daripada orang ramai dan pemberita yang dibelasah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Salleh akan bersara wajib 1 September ini setelah berkhidmat hampir 40 tahun dan jawatannya akan dipangku oleh Timbalan Pengarah Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Datuk Ab Razak Ab Ghani.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pemimpin pertubuhan itu yang tersebar di internet semalam yang mencabar Khalid berikutan kenyataannya sebelum ini mengenai pengharaman PPS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Di awal penubuhan PPS, polis melihat ia sebuah pertubuhan yang memberi khidmat kepada rakyat, tetapi kebelakangan ini PPS dilihat sudah terpesong daripada matlamat asalnya. Rondaan kononnya untuk menjaga keselamatan itu dulu, sekarang dah tak ada dah," katanya.

Pada Selasa lepas, Khalid dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar sebagai pertubuhan di bawah ROS.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...