SHAH ALAM, 23 Ogos (Bernama) -- Seorang
perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Perak mempersoal tindakan kerajaan
menyediakan istiadat penghormatan jenazah untuk menyambut ketibaan 20 mangsa
tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 semalam.
Laksamana (B) Mohamad Imran Abd Hamid berkata sebaliknya,
penghormatan sama tidak diberi kepada anggota tentera yang gugur ketika
mempertahankan negara, termasuk dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.
"Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih
untuk meraikan mangsa MH17, sedangkan pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad
Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu," katanya ketika membahaskan
ucapan dasar presiden PKR di kongres parti itu di sini hari ini.
Sumber (Klik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan