Isnin, 8 September 2014

MAK NYAH DENDAM JANTAN MANCHOO ???

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Gara-gara marah selain berdendam apabila cinta songsang mereka ditolak, segelintir mak nyah sanggup menggunakan khidmat bomoh bagi menghantar santau atau tuju-tuju kepada lelaki jambu yang digilai.

Mak nyah terbabit sanggup melakukan perkara syirik itu dengan niat mahu menyusahkan hidup mangsa, malah lebih teruk membunuh mangsanya.

Kaedah menghantar santau atau tuju-tuju ini lebih digemari kerana pelakunya sukar dikesan selain mangsa berdepan kesan maksimum.


Melalui penggunaan 'ramuan' seperti miang buluh, serpihan kaca, getah beracun dan bisa binatang, santau atau tuju-tuju ini berupaya membuatkan mangsa mengalami kesakitan luar biasa di seluruh badan, hilang selera makan, turun berat badan selain ada mangsa menjadi gila.

Penggunaan sihir terbabit dianggap sebagai jalan terakhir bagi mak nyah untuk memastikan lelaki jambu yang digilai merana kerana menolak cinta songsang mereka. 

Menceritakan semula kejadian, seorang lelaki yang menjadi mangsa santau mak nyah dan hanya mahu dikenali sebagai Faris, 27, berkata, dia berkenalan dengan seorang lelaki berperwatakan seperti wanita berusia 20-an ketika menemani rakannya keluar bersiar-siar di sekitar ibu negara beberapa bulan lalu.

Berikutan menghormati rakan, saya melayan lelaki terbabit dengan baik dan kami saling bertukar nombor telefon. Saya anggap bertukar nombor telefon selain berbalas SMS dengan lelaki terbabit adalah perkara biasa kerana kami sama-sama lelaki, malah hubungan kami hanya kawan.


 Sumber: KLIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...