Selasa, 9 September 2014

PELAJAR IPT MAKSIAT DALAM KERETA CERMIN GELAP ??

Gambar hiasan

Penuntut IPT dihukum dua bulan penjara (Klik)


KUALA TERENGGANU - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi dikenakan hukuman denda RM2,300 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, sekiranya gagal menjelaskan denda itu, selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan cuba melakukan persetubuhan luar nikah di dalam kereta pada Jun tahun lalu.

Hakim Tinggi Syarie, Rosdi Harun mengenakan hukuman itu terhadap penuntut berusia 18 tahun yang didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 atas kesalahan melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Sebelum ini, pasangan remaja itu yang bekerja sendiri dan berasal dari Marang, dikenakan hukuman denda RM2,800 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam syarie, Nurul Aini Abd Malik.

Mengikut kertas pertuduhan, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu yang melakukan rondaan di sekitar kawasan Taman Awam Pulau Warisan di sini, ternampak sebuah kereta bercermin gelap dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 6.50 petang, 5 Jun tahun lalu.

Sebaik dihampiri, pegawai dan anggota penguat kuasa mendapati tertuduh lelaki berada di tempat duduk pemandu, manakala tertuduh wanita di tempat duduk penumpang hadapan.

Pasukan penguat kuasa kemudian mengarahkan tertuduh membuka pintu kereta.

Soal siasat kemudian mendapati pasangan itu bukan suami isteri.


Terdahulu dalam penghakimannya Rosdi berkata, sebagai seorang yang terpelajar, perbuatan tidak bermoral itu tidak sepatutnya dilakukan tertuduh yang sudah bijak berfikir dan membezakan baik buruk sesuatu perkara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...