Gambar hiasan |
DUNGUN - Tindakan tiga lelaki membawa dua
ekor lembu hidup dalam sebuah kereta membawa padah apabila ditahan polis dekat
sini, petang kelmarin.
Perbuatan tersebut berjaya dihidu anggota
polis trafik yang melakukan rondaan di lokasi kemalangan maut selepas melihat
kereta Proton Wira dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.
Sebaik sampai di laluan tersebut, tiga
anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun diketuai
Koperal Azmi Salleh yang menaiki pacuan empat roda dari arah Jabor menghala ke
Jerangau terserempak dengan kereta dinaiki tiga suspek dari arah bertentangan.
Berikutan itu, polis membuat pusingan U
lalu mengekori kereta terbabit sebelum berjaya menahannya di Kilometer 118
Jalan Jerangau-Jabor.
Selepas pemeriksaan dilakukan, tiga
lelaki warga tempatan berada dalam kereta terbabit selain dua ekor lembu yang
diletakkan di tempat duduk belakang.
Kesemua suspek bersama kereta dinaiki
kemudiannya dibawa ke Balai Polis Al Mukhtafi Billah Shah (AMBS) untuk siasatan.
Siasatan awal polis mendapati, lembu
tersebut dibeli oleh seorang daripada suspek yang bekerja sebagai peraih lembu
untuk dibawa ke Kuantan, Pahang dengan menggunakan kenderaan yang disewa.
Bagaimanapun, suspek gagal menunjukkan
permit Jabatan Veterinar untuk membawa binatang tersebut menyebabkan
ketiga-tiganya ditahan untuk siasatan lanjut.
Seorang daripada suspek berasal dari Pramu Kuantan, Pahang manakala dua lagi dari AMBS.
Seorang daripada suspek berasal dari Pramu Kuantan, Pahang manakala dua lagi dari AMBS.
Ujian saringan air kencing dilakukan
mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methapethamine dan ditahan
untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad
Zailani Yaacub mengesahkan kejadian dan kes tersebut diserahkan kepada pihak
berkenaan untuk tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan