Ahad, 7 September 2014

HUSAM BOER TAKUT DENGAN BAYANG2 ?


Berikutan tuduhan Naib Presiden PAS Husam Musa kononnya ada institusi PAS yang dikuasai UMNO, seorang ahli Parlimen parti itu bangkit mempertahankan PAS dengan menyelar tuduhan tersebut dan bertanya "fitnah apa yang sedang dimainkan ini?"

Persoalan tersebut ditanya oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dalam tulisan panjang yang disiarkan dalam facebook PAS Pusat bertajuk Ke mana PAS mahu dibawa?
"Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan UMNO. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh "team" UMNO. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?" soal beliau.

Pada Selasa, Husam menulis rencana yang disiarkan portal The Malaysian Insider yang antara lain cuba mengaitkan kemelut dalam PAS ini sebagai kejayaan UMNO menyerap dalam institusi tertentu PAS.
Husam juga mendakwa UMNO merancang untuk berkerjasama dengan PAS bagi memastikan memperolehi majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat bagi meluluskan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
Dipercayai institusi tertentu yang dimaksudkan beliau itu merujuk kepada Majlis Syura PAS.
Menjawab tuduhan Husam itu, tanpa menyebut nama sesiapa, kata Mohd Khairuddin, isu kerajaan perpaduan atau Unity Goverment (UG) selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang.
"Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS," katanya.
Bagaimanapun menurut beliau, apabila pimpinan PKR mengusulkan Konsesus Nasional ala UG ianya seolah direstui.
"Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan.
"Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini (Anwarinas dalam PAS) untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...