KUALA LUMPUR (Klik): Raja
Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah bertitah mendidik anak-anak pada masa
kini lebih sukar kerana dipengaruhi kepantasan ilmu teknologi dan pelbagai
pengaruh dari negara luar.
Titah
baginda, didikan itu juga tidak akan sama seperti dahulu memandangkan pengaruh
dan budaya luar kini kian menghakis budaya Timur yang sememangnya terkenal
dengan adap sopan dan tutur pekerti.
Sehubungan
itu, baginda bertitah kepada ibu bapa agar sentiasa bersedia dengan cabaran
tersebut dan peka dengan perubahan anak-anak bagi membina sebuah keluarga
mithali.
"Kesibukan
ibu bapa mencari rezeki untuk keluarga jangan dijadikan penyebab kita
mengabaikan anak-anak.
Kita
perlu menjadi ibu bapa yang cemerlang serta meletakkan diri sebagai tauladan
yang baik kepada anak-anak, tidak mengira dalam soal ketaatan agama dan lemah
lembut dalam pertuturan," titah baginda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan