Sabtu, 6 September 2014

KHALID SAMAD MENGETUAI GOLONGAN BARU DALAM PAS ???


KHALID GEREJA TELAH MENGETAHUI PERANCANGAN MENUBUH PARTI BARU ?

BAGI saya, sebagai seorang yang telah berada dalam Pas selama 30 tahun lebih, saya melihat Pas sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah dihadapi sebelum ini.

Saya sebenarnya lebih selesa berhujah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun. Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnyagolongan baru, (Klik) yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan Pas dalam membawa mesej Islam.

Mereka merupakan muka baru yang muncul kebelakangan ini, iaitu pada tahun-tahun akhir 90an dan awal 2000. Tindakan mereka dilihat tersusun dan mengikuti strategi tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu.

Matlamat di sebalik strategi yang sedang dilaksanakan adalah supaya pendekatan inklusif yang digunapakai sekian lama oleh Pas sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama akan ditukar dengan pendekatan yang lebih syadid dan tertutup.



Ke arah tercapainya matlamat ini maka beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka. Saya menamakan strategi ini ‘Langgar Golongan Profesional’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...