Gambar hiasan |
GEORGE TOWN - Empat lelaki
rakyat Indonesia ditahan dan syabu bernilai RM3.5 juta dirampas di perairan
Barat Daya Tanjung Tokong di sini, Jumaat lepas.
Ketua Penguatkuasa Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang,
Kapten (M) Kamaruszaman Abu Hassan berkata, rampasan dan tangkapan itu dibuat
selepas pemeriksaan terhadap sebuah bot perdagangan tukar barang yang sedang
belayar menuju Acheh, Indonesia.
"Bot yang berdaftar
di Indonesia itu baru berlepas dari Pelabuhan Kontena Butterworth Utara dalam
keadaan mencurigakan dengan muatan 300 guni bawang merah,” katanya dalam sidang
akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata,
pemeriksaan terhadap bot itu mendapati tempat simpanan bot telah diubah suai
dan dadah jenis syabu seberat 16.9 kilogram itu disembunyikan di dalam petak
kayu khas yang ditimbuni guni berisi bawang.
Beliau berkata, pihaknya
percaya dadah dan bawang itu dieksport dari negara ini untuk dipasarkan ke
Indonesia.
Kamaruszaman berkata,
tekong dan tiga awak-awak berusia antara 32 dan 52 tahun yang ditahan itu
mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan kesemua mereka direman 12 hari bagi
membantu siasatan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan