Operasi SPRM: 24 termasuk 12 pegawai
Kastam ditahan, 207 akaun dibekukan
Susulan pemantauan selama
lebih setahun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya
menumpaskan sindiket terbesar penyeludupan barang-barang di Lembah Klang, yang
mengelak daripada membayar duti kastam melibatkan lebih RM1 bilion.
Akibat
tindakan itu kerajaan dipercayai mengalami kerugian lebih RM2 bilion.
Semalam,
SPRM membuat tangkapan ke atas seramai 24 individu termasuk 12 pegawai Kastam
pelbagai pangkat. Selebihnya merupakan 12 anggota sindiket dan mereka ditahan
reman selama tujuh hari mulai hari ini.
Timbalan
Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata,
pegawai-pegawai Kastam yang ditahan berusia antara 35 hingga 58 tahun dan salah
seorang darinya adalah pengarah negeri.
Dua
daripada mereka merupakan "Datuk". KLIK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan