Selasa, 29 Mac 2016

Produk daging babi guna logo halal

SEPANG – Sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di sebuah negeri di Pantai Timur dikesan menyalahgunakan logo Halal Malaysia pada bungkusan produk daging babi untuk tujuan eksport.
Lebih mengecewakan apabila nama produk tersebut ditulis dalam bahasa Mandarin dan Thailand bermaksud ‘daging babi salai pedas Melayu’.

Isnin, 22 Februari 2016

KUCING PELARIAN IRAQ BERTEMU TUAN SETELAH RIBUAN BATU TERPISAH

Setelah empat bulan terpisah kira-kira 2,500 batu, kucing pelarian Iraq akhirnya bertemu keluarga tuannya di Berlin, Jerman. — Gambar Facebook/Reunite Dias
LONDON — Seekor kucing bertemu semula dengan tuannya, keluarga pelarian Iraq, selepas terpisah beribu-ribu batu semasa mereka menaiki bot dari Turki ke Greece.
Kumpulan sukarelawan cuba mencari kucing itu, yang mereka panggil “Dias,” selepas ia panik dan melarikan diri semasa tuannya tiba di pantai Lesbos, laluan utama pelarian ke Eropah.
Mereka menangguhkan perjalanan selama beberapa hari di Greece untuk mencarinya sebelum meneruskan perjalanan ke Berlin, Jerman, lapor Daily Mirror kelmarin.

Jumaat, 19 Februari 2016

22 Alasan Bercerai Yang Paling Merepek Di Selangor

Kita biasa dengar kes-kes perceraian yang remeh temeh di luar negara. Tetapi di dalam negara kita sendiri juga ada, dan senarai alasan remeh untuk bercerai ini didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah  Selangor.

1.     Punggung isteri menggerutu.
2.   Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
3.   Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk           baju, seluar dan aksesori.
4.   Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu         suami menghabiskan masa berborak di surau.
5.   Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
6.   Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
7.   Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
8.   Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan         seks dengan pasangan terdahulu.
9.   Berbeza fahaman politik.
10.      Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
11.       Gaji suami lebih rendah.
12.       Isteri lambat menyediakan makanan.
13.       Pasangan bangun tidur lewat.
14.        Suami bekerja tidak tentu masa.
15.        Anak demam dan tidak sihat.
16.        Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
17.         Pasangan terlalu cerewet.
18.         Pasangan tidur berdengkur.
19.         Pasangan gemar membeli-belah.
20.          Suami tangkai jering (kedekut).
21.          Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh         baju. 
22.         Berebut rancangan televisyen.

Anda mungkin merasakan perkara ini melucukan tetapi inilah realiti. Adakalanya mereka memberikan alasan yang tidak munasabah untuk bercerai. - THEHYPEMEDIA.COM


Khamis, 18 Februari 2016

Warga Myanmar Ajak "JOM MAIN" Dengan Suri Rumah

Gambar Hiasan Saja
Tindakan lelaki Myanmar mengajak seorang suri rumah untuk melakukan hubungan seks akhirnya dibalas dengan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Rofik Monu, 23, selepas dia mengaku bersalah menghina kesopanan T. Nanthini, 22, dengan mengeluarkan kata-kata "jom main" dengan niat untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 28 April lepas.

Tertuduh, Muhamad Rofik didakwa melakukan kesalahan itu di Blok D Pangsapuri Ketumbar, Jalan Ketumbar Off Jalan Cheras Lama, Cheras, di ibunegara pada pukul 10 malam, 28 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Isnin, 15 Februari 2016

Peratusan kes dadah meningkat Di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Terengganu mencatatkan peningkatan sehingga 100 peratus kes penagih dan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A Latiff Awang berkata, statistik itu meningkat kepada 1,123 kes pada 2015 berbanding hanya 854 kes pada 2014.

Jumlah berkenaan melibatkan penagih baharu serta penagih berulang dan ini menunjukkan secara purata negeri Terengganu mencatatkan 112 kes baharu dan penagih berulang setiap bulan bagi tahun 2015.

Selasa, 9 Februari 2016

FAMA Terengganu Buka 3 Pasar Tani Baharu

Pasar Tani kelolaan FAMA di Terengganu mencatat jualan berjumlah RM47.4 juta tahun lepas, melebihi sasaran sebanyak RM46 juta yang ditetapkan.
Pengarah FAMA Negeri, Hasan Jusoh berkata bagi tahun ini, pihaknya menyasarkan jualan pasar tani mencapai RM50 juta, berdasarkan beberapa buah pasar tani baharu yang bakal diwujudkan tahun ini.
“Antara faktor peningkatan jualan pasar tani berjaya melebihi sasaran di Terengganu tahun lepas adalah promosi jualan turun harga dan kempen makan buah-buahan,” katanya.

Ahad, 7 Februari 2016

Lelaki Kemboja dua hari enggan turun dari pokok cengal

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga Kemboja menggemparkan penduduk Kampung Sungai Pinang dekat sini selepas enggan turun dari atas pokok cengal setinggi 45 meter selepas dua hari.
Difahamkan, warga asing yang hanya dikenali sebagai Zul itu mula memanjat pokok tersebut sejak pukul 11 malam Khamis lalu kerana bimbang ditangkap penduduk kampung selepas dipercayai terlibat dengan kejadian kecurian ayam.
Zul yang berusia sekitar 30-an masih berada di atas pokok tersebut sehingga petang semalam.
Pelbagai usaha dilakukan polis serta anggota bomba dan penyelamat sejak kelmarin untuk memujuknya turun ke tanah, namun dia tetap berdegil.
Lelaki itu sudah berkeluarga dan memiliki dua cahaya mata yang kini berada di Kemboja.

Sumber:  KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...