BUKIT
BESI – Semua ahli Umno diharap dapat melupakan sengketa politik dan menjadikan
parti itu sebagai platform utama untuk memastikan kaum Melayu terus mendapat
mandat sebagai kerajaan yang memerintah.
Timbalan
Ketua Umno Bahagian Dungun, Roslee Daud berkata, persengketaan politik antara
sesama ahli hanya akan merugikan parti dan juga orang Melayu.
Katanya,
sebagai insan yang serba kekurangan, semua orang melakukan kesilapan, namun ia
tidak boleh dijadikan alasan untuk menjatuhkan pihak lain atas kesilapan
dilakukan.
“Sempena
Aidilfitri ini, marilah kita lupakan segala sengketa dengan bermaaf-maafan,
merapatkan hubungan yang mungkin sebelum ini agak renggang berikutan konflik
politik dalaman.
“Inilah saat
yang paling sesuai untuk kita bersatu semula agar kita terus menjadi pilihan
rakyat pada pilihan raya ke-14 nanti," katanya ketika ditemui pada majlis
sambutan Aidilfitri di pekarangan pejabat Adun Bukit Besi, dekat sini, pagi
semalam.
Majlis
yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan lebih
3,000 pengunjung itu diserikan dengan persembahan artis dan menu istimewa
daging kambing panggang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan