Selasa, 23 Julai 2019
Selasa, 14 Jun 2016
Jus Jeruk Palsu Semakin Banyak Di Jual?
HATI-HATI!! TOLONG SAMPAIKAN PADA KELUARGA DAN SAHABAT ANDA..!! "SEMAKIN
BERLELUASA DALAM BULAN RAMADHAN INI, BEGINI PENJELASANNYA....!!
Hati-hati semua!!, Jus Jeruk Palsu semakin byk dijual, tetapi akhirnya dihebohkan dengan terbongkarnya bahan-bahan kandungan seperti syampu palsu, pihak polis di Saraburi Thailand kembali membongkar pengedaran jus jeruk palsu...dan ini juga mungkin ada dijual di Malaysia.
Laporan daripada Bangkok Coconuts, perbuatan itu dilakukan oleh pasangan dari Vietnam yang dapat mengolah jus palsu dengan mencampurkan air, pewarna orange, serta saccarin (pemanis buatan yang manisnya 300 kali lipat dari gula).
Hati-hati semua!!, Jus Jeruk Palsu semakin byk dijual, tetapi akhirnya dihebohkan dengan terbongkarnya bahan-bahan kandungan seperti syampu palsu, pihak polis di Saraburi Thailand kembali membongkar pengedaran jus jeruk palsu...dan ini juga mungkin ada dijual di Malaysia.
Laporan daripada Bangkok Coconuts, perbuatan itu dilakukan oleh pasangan dari Vietnam yang dapat mengolah jus palsu dengan mencampurkan air, pewarna orange, serta saccarin (pemanis buatan yang manisnya 300 kali lipat dari gula).
Sabtu, 28 Mei 2016
Kes Bak Kut Teh Ramadan: Vivian Di Penjara Enam Bulan
KUALA LUMPUR: Bekas teman wanita penulis blog
seks kontroversial, Alvin Tan Jye
Yee telah dikenakan hukuman penjara enam bulan kerana memuatnaik posting bak kut teh Ramadan menerusi laman
Facebook.
Hakim
Mahkamah Sesyen, Abdul Rashid Daud mem
bacakan keputusan penghakiman selepas
mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes terhadap Vivian Lee May
Ling, 27.
Hukuman itu
bermula Jumaat.
Bagaimanapun,
Abdul Rashid membenarkan permohonan peguam bela untuk mengurangkan tempoh
hukuman penjara kepada lima bulan dan 22 hari selepas mengambil kira tempoh
reman lapan hari May Ling sebelum ini.
Hakim juga
memutuskan jaminan dinaikan daripada RM10,000 kepada RM20,000.
Ahad, 17 April 2016
Penganjur 'Blackout 505' didenda RM5,000
KUALA TERENGGANU - Presiden Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia, Othman
Ismail, 58, dikenakan denda RM5,000 oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam,
kerana gagal menyerahkan notis 10 hari sebelum penganjuran perhimpunan
‘Blackout 505’, tiga tahun lalu.
Othman yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Dun Batu Burok, di sini,
turut berdepan hukuman penjara tujuh hari sekiranya gagal menjelaskan denda
berkenaan.
Keputusan dibuat selepas dia sebagai penganjur perhimpunan
tersebut didapati bersalah mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 9
(5) akta sama.
Selasa, 29 Mac 2016
Produk daging babi guna logo halal
SEPANG – Sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di
sebuah negeri di Pantai Timur dikesan menyalahgunakan logo Halal Malaysia pada
bungkusan produk daging babi untuk tujuan eksport.
Lebih mengecewakan apabila nama produk tersebut
ditulis dalam bahasa Mandarin dan Thailand bermaksud ‘daging babi salai pedas
Melayu’.
Isnin, 22 Februari 2016
KUCING PELARIAN IRAQ BERTEMU TUAN SETELAH RIBUAN BATU TERPISAH
Setelah
empat bulan terpisah kira-kira 2,500 batu, kucing pelarian Iraq akhirnya
bertemu keluarga tuannya di Berlin, Jerman. — Gambar Facebook/Reunite Dias
LONDON
— Seekor kucing bertemu semula dengan tuannya, keluarga pelarian Iraq, selepas
terpisah beribu-ribu batu semasa mereka menaiki bot dari Turki ke Greece.
Kumpulan
sukarelawan cuba mencari kucing itu, yang mereka panggil “Dias,” selepas ia
panik dan melarikan diri semasa tuannya tiba di pantai Lesbos, laluan utama
pelarian ke Eropah.
Mereka
menangguhkan perjalanan selama beberapa hari di Greece untuk mencarinya sebelum
meneruskan perjalanan ke Berlin, Jerman, lapor Daily Mirror kelmarin.
Jumaat, 19 Februari 2016
22 Alasan Bercerai Yang Paling Merepek Di Selangor
Kita biasa dengar kes-kes
perceraian yang remeh temeh di luar negara. Tetapi di dalam negara kita sendiri
juga ada, dan senarai alasan remeh untuk bercerai ini didedahkan oleh Jabatan
Kehakiman Syariah Selangor.
1. Punggung isteri
menggerutu.
2. Suami tidak
pandai melakukan hubungan seks.
3. Isteri meminta
set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
4. Isteri
mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di
surau.
5. Isteri suka
mengikuti rombongan beramai-ramai.
6. Isteri suka
membasuh baju pada waktu malam.
7. Suami
mencurigai setiap tindakan isteri.
8. Isteri
menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
9. Berbeza fahaman
politik.
10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
11. Gaji suami lebih rendah.
12. Isteri lambat menyediakan makanan.
13. Pasangan bangun tidur lewat.
14. Suami bekerja tidak tentu masa.
15. Anak demam dan tidak sihat.
16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
17. Pasangan terlalu cerewet.
18. Pasangan tidur berdengkur.
19. Pasangan gemar membeli-belah.
20. Suami tangkai jering (kedekut).
21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
22. Berebut rancangan televisyen.
Anda mungkin merasakan
perkara ini melucukan tetapi inilah realiti. Adakalanya mereka memberikan
alasan yang tidak munasabah untuk bercerai. - THEHYPEMEDIA.COM
Khamis, 18 Februari 2016
Warga Myanmar Ajak "JOM MAIN" Dengan Suri Rumah
![]() |
| Gambar Hiasan Saja |
Tindakan lelaki Myanmar mengajak
seorang suri rumah untuk melakukan hubungan seks akhirnya dibalas dengan
hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Rofik Monu, 23, selepas dia mengaku bersalah menghina kesopanan T. Nanthini, 22, dengan mengeluarkan kata-kata "jom main" dengan niat untuk melakukan hubungan seks dengannya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 28 April lepas.
Tertuduh, Muhamad Rofik didakwa melakukan kesalahan itu di Blok D Pangsapuri Ketumbar, Jalan Ketumbar Off Jalan Cheras Lama, Cheras, di ibunegara pada pukul 10 malam, 28 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Rofik Monu, 23, selepas dia mengaku bersalah menghina kesopanan T. Nanthini, 22, dengan mengeluarkan kata-kata "jom main" dengan niat untuk melakukan hubungan seks dengannya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 28 April lepas.
Tertuduh, Muhamad Rofik didakwa melakukan kesalahan itu di Blok D Pangsapuri Ketumbar, Jalan Ketumbar Off Jalan Cheras Lama, Cheras, di ibunegara pada pukul 10 malam, 28 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Isnin, 15 Februari 2016
Peratusan kes dadah meningkat Di Terengganu
KUALA TERENGGANU - Terengganu
mencatatkan peningkatan sehingga 100 peratus kes penagih dan penyalahgunaan
dadah pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.
Pengerusi
Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A Latiff
Awang berkata, statistik itu meningkat kepada 1,123 kes pada 2015 berbanding
hanya 854 kes pada 2014.
Jumlah
berkenaan melibatkan penagih baharu serta penagih berulang dan ini menunjukkan
secara purata negeri Terengganu mencatatkan 112 kes baharu dan penagih berulang
setiap bulan bagi tahun 2015.
Selasa, 9 Februari 2016
FAMA Terengganu Buka 3 Pasar Tani Baharu
Pasar Tani kelolaan FAMA di Terengganu
mencatat jualan berjumlah RM47.4 juta tahun lepas, melebihi sasaran sebanyak
RM46 juta yang ditetapkan.
Pengarah
FAMA Negeri, Hasan Jusoh berkata bagi tahun ini, pihaknya menyasarkan jualan
pasar tani mencapai RM50 juta, berdasarkan beberapa buah pasar tani baharu yang
bakal diwujudkan tahun ini.
“Antara
faktor peningkatan jualan pasar tani berjaya melebihi sasaran di Terengganu
tahun lepas adalah promosi jualan turun harga dan kempen makan buah-buahan,”
katanya.
Ahad, 7 Februari 2016
Lelaki Kemboja dua hari enggan turun dari pokok cengal
KUALA
TERENGGANU – Seorang lelaki warga Kemboja menggemparkan penduduk Kampung Sungai
Pinang dekat sini selepas enggan turun dari atas pokok cengal setinggi 45 meter
selepas dua hari.
Difahamkan,
warga asing yang hanya dikenali sebagai Zul itu mula memanjat pokok tersebut
sejak pukul 11 malam Khamis lalu kerana bimbang ditangkap penduduk kampung
selepas dipercayai terlibat dengan kejadian kecurian ayam.
Zul yang
berusia sekitar 30-an masih berada di atas pokok tersebut sehingga petang
semalam.
Pelbagai usaha
dilakukan polis serta anggota bomba dan penyelamat sejak kelmarin untuk
memujuknya turun ke tanah, namun dia tetap berdegil.
Lelaki itu
sudah berkeluarga dan memiliki dua cahaya mata yang kini berada di Kemboja.
Sumber: KLIK SINI
Jumaat, 5 Februari 2016
Isnin, 4 Januari 2016
Dicabul Ketika Temuduga Jawatan Jurufoto
KUALA TERENGGANU - Seorang gadis dipercayai dicabul pemilik sebuah
kedai gambar sewaktu menghadiri temu duga di premis itu di Kuala Nerus, Jumaat
lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika
mangsa, 20-an, dikatakan pergi menghadiri temu duga bagi mengisi jawatan kosong sebagai jurugambar yang ditawarkan kedai gambar
terbabit.
Menurut sumber, pada peringkat awal, sesi temu duga
dikendalikan oleh suspek, 28, berjalan lancar, malah suspek dikatakan bersikap
profesional sepanjang sesi itu berlangsung.
“Bagaimanapun, selepas beberapa minit temu duga
berjalan, suspek telah mengajak mangsa masuk ke dalam sebuah bilik yang
dijadikan sebagai studio rakaman gambar, kononnya untuk menguji kepakaran
mangsa dalam fotografi.
Rabu, 30 Disember 2015
Kejadian Letupan Dan Kebakaran Melibatkan Peranti "HOVERBOARD"
WASHINGTON - AMERIKA
SYARIKAT. Pelik tapi benar, laman membeli-belah atas talian, Amazon menggesa
pelanggan yang membeli hoverboard melalui mereka supaya membuang peranti
tersebut.
Menurut laporan
Digital Trends, Amazon memaklumkan perkara tersebut kepada pelanggan-pelanggan
mereka melalui emel susulan kejadian letupan dan kebakaran melibatkan peranti
tersebut.
"Kami berharap
anda faham bahawa keselamatan dan kepuasan anda sebagai pelanggan Amazon
terjamin," kata Amazon di dalam emel.
"Pelanggan yang
membeli hoverboard yang didatangkan dengan soket yang tidak mengikut piawaian
United Kingdom perlu berikan peranti tersebut ke pusat kitar semula dan akan
dipulangkan wang dalam tempoh tiga hari," jelas Amazon.
Awal bulan ini,
United Kingdom Trading Standards merampas 15,000 hoverboard selepas tiga kes
kebakaran yang dilaporkan berlaku dalam tempoh 10 hari didapati berpunca dari
peranti tersebut.
Beberapa syarikat
penerbangan melarang Hoverboard daripada disimpan di dalam bagasi kerana
dikhuatiri mampu meletup.
[ARTIKEL BERKAITAN: 90 peratus hoverboard dirampas
di Britain]
Sabtu, 19 Disember 2015
Tragedi air terjun: Imam surau seorang pemurah ilmu
KUALA
SELANGOR - Abdul Halim Samian, 44, imam surau yang mati lemas ketika mandi
bersama keluarga di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu hari ini,
merupakan seorang dermawan dan tidak lokek kongsi ilmu agama.
Ahli Jawatankuasa Lajnah Dakwah Surau Al-Fuqran
Fasa 2, Bandar Puncak Alam, Ahmad Latphy Ismail, 55, berkata arwah yang
merupakan imam surau itu telah mewakafkan sebuah rumah teres dua tingkat di
sini untuk dijadikan sekolah agama.
Sabtu, 5 Disember 2015
KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN BERHEMAH
Kerajaan negeri meminta Jabatan Mufti Terengganu
membuat kajian mengenai penggunaan rokok elektronik vape sebelum mengambil
sebarang keputusan mengenai perkara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof
berkata, kajian tersebut akan dilakukan oleh pakar yang berkelayakan dalam
bidang mereka untuk memudahkan Jabatan Fatwa Terengganu mengeluarkan fatwa
mengenai penggunaan rokok elektronik itu.
Ahad, 29 November 2015
Al-Fatihah: Raja Muda Kedah mangkat
ALOR SETAR -
Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah mangkat di Hospital
Sultanah Bahiyah, Alor Setar, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Difahamkan,
kemangkatan almarhum akibat sakit tua.
Menteri
Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jenazah almarhum akan
disembahyangkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada jam 1 petang.
“Jenazah
almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar
bagi maksud penghormatan terakhir.
Selasa, 17 November 2015
SYABAS: Terengganu Kekal Cemerlang UPSR 2015
Terengganu berjaya menterjemahkan
prinsip `Memperkasakan Pendidikan’ menerusi konsep Terengganu
Transformasi Baharu (TTB) berikutan berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila 2,558 dari 20,121 calon
meraih keputusan cemerlang 5A pada tahun ini.
Jumlah itu meningkat sebanyak 0.6
peratus kepada 12.70 peratus, berbanding 12.10 peratus pada tahun lalu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata pencapaian UPSR pada tahun ini
menunjukkan keputusan lebih baik berbanding 2014 dari segi kuantiti dan kualiti
di mana gred purata negeri pada tahun ini ialah 2.10 berbanding 2.15 pada tahun
lepas.
Isnin, 16 November 2015
Chong Wei Lengkapkan Koleksi Juara Super Series
KUALA
LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei akhirnya melengkapkan koleksi juara kejohanan Super
Series yang pernah disertainya.
Pemain
berusia 33 tahun itu memenangi gelaran Terbuka China buat kali pertama dengan
penuh bergaya, mengenepikan pilihan utama dari China, Chen Long 21-15,
21-11 dalam saingan akhir perseorangan lelaki dalam masa 50 minit di Fuzhou,
Ahad.
Beliau
adalah pemain perseorangan Malaysia ketiga yang pernah meraih kejayaan di China.
Wong
Choong Hann muncul juara perseorangan lelaki pada tahun 2002 dan isteri Chong
Wei, Wong Mew Choo, meraih gelaran perseorangan wanita pada tahun 2007.
Jumaat, 13 November 2015
SOGOKAN AMALAN PARTI AMANAH NEGARA
Program
Jelajah Treler Pakatan Harapan bersama PAN yang dihadiri Presiden Parti Manah
Negara Tuan Hj Mohamad sabu di Tumpat, Kelantan kelmarin 11hb November 2015.
Punyalah
nak pikat dan pujuk orang ramai datang memberikan sokongan siap disediakan
pelbagai juadah dan beri hamper lagi kepada hadirin yang bertuah dan juga
cendera hati. Itu pun kekal hambar, suram, sunyi sepi dan dipinggirkan oleh
rakyat tempatan.
Lagi
mau sembang kencang mau ambil alih Kelantan pada PRU ke-14 nanti????? Kalau
begini sambutan berterusan diberikan oleh rakyat terhadap setiap ceramah dan
program anjuran AMANAH, rasanya sudah tiba masanya Parti Amanah Negara wujudkan
sayap baru dan khas ... SAYAP MAKHLUK HALUS AMANAH. nama ringkasnya HALUS ...
khas untuk jin2 dan bunian dan yang seangkatan denganya menjadi ahli ataupun
pendokong tetap.
Langgan:
Catatan (Atom)


















