Jumaat, 8 Ogos 2014

JABATAN IMIGERESEN MEMALUKAN IMEJ SENDIRI ???


Jabatan Imigresen Tangguh Kemudahan Perbaharui Pasport Dalam Talian

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen menangguhkan sementara kemudahan memperbaharui pasport Malaysia secara dalam talian bagi mengkaji semula keberkesananan dan penambahbaikan perkhidmatan itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi, berkata langkah itu berikutan kebimbangan pasport negara akan disalah guna pemilik dengan menjual dokumen itu menerusi urusniaga dalam talian.

“Selain itu, ia turut disebabkan foto segelintir pemohon yang diambil di kedai gambar didapati kurang berkualiti atau tidak memenuhi spesifikasi untuk memproses permohonan pasport.

"Jabatan Imigresen sudah pun melaksanakan pengambilan gambar dengan kos yang ditanggung kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan memudahkan urusan membuat pasport,” katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Tambah Sakib lagi, pendekatan mengambil gambar menerusi kamera di kaunter imigresen atau ‘real life capture’ itu turut memperlihatkan aspek keselamatan permohonan pasport yang dipertingkatkan.

Katanya, Kaedah biometrik turut diperkenalkan dengan pengambilan cop jari dalam permohonan dan cara itu digunakan ketika pemegang pasport keluar masuk di sempadan.

Sumber: 
KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...