Rabu, 6 Ogos 2014

JKM UMPAMA PAKU dengan PENUKUL ???


JKM: Tiada istilah anak tiada dokumen

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menegaskan pihaknya bertanggungjawab mendokumenkan setiap kanak-kanak yang ditemui tanpa mengira warganegara.

Namun, Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM, Afran Sulaiman berkata, kebanyakan kanak-kanak yang ditemui tanpa dokumen diklasifikasikan sebagai ‘anak tanpa dokumen’.

“JKM bertanggungjawab membantu anak ini untuk mendokumenkan dia. Kalau dia tak ada surat beranak, kita uruskan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


“Tak kira dia warganegara atau bukan. Kita kena ada (wujud) kan dokumennya. Kemudian, baru kita proses berikutnya. Kalau memang tidak ada waris untuk menuntut, kita akan proses untuk penempatannya,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menekankan, istilah anak-anak di bawah JKM tidak memiliki dokumen itu tidak betul.

“Jadi, saya nak tekankan di sini, apabila ada yang kata anak-anak kita (JKM) tak ada dokumen, sebenarnya, istilah itu tidak betul. Kita yang mendokumenkan dia.


“Kalau JKM jumpa bayi dibuang, kita tak tahu dia siapa, jadi, kita kena uruskan surat beranaknya. Surat beranak itu wajib. Tapi kewarganegaraan itu di bawah bidang kuasa JPN dan Kementerian Dalam Negeri.  Jadi, kita berurusan dengan mereka,” katanya.

Sumber:sinarharianonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...