KUALA NERUS – Lebih 10,000 tetamu
membanjiri Dataran Permata di Kampung Baru Seberang Takir, di sini, bagi
memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.
Sambutan Aidilfitri tahun ini juga
lebih bermakna apabila beliau menyambutnya sebagai pemimpin utama negeri.
Dataran Permata merupakan lokasi
tetap setiap tahun sejak Ahmad Razif mula menyandang jawatan Adun Seberang
Takir sejak 2008, bagaimanapun sambutan yang diterima tahun ini lebih meriah
dan ramai berbanding tahun sebelumnya.
Dengan kedudukan beliau sebagai
pemimpin nombor satu negeri juga secara tidak langsung membuatkan majlis yang
berlangsung berdekatan dengan kediaman keluarganya itu menjadi tumpuan
masyarakat dari seluruh daerah yang mengambil peluang untuk bertemu mata dengan
beliau.
Majlis yang bermula seawal jam 11
pagi itu turut menyediakan pelbagai juadah istimewa Aidilfitri seperti nasi
dagang, satey, ketupat, rendang dan sebagainya.
Selain rakyat setempat, majlis itu
turut dihadiri pemimpin sama ada dari parti BN serta pembangkang dan pegawai
tertinggi kerajaan.
Menurut Ahmad Razif, melalui
majlis rumah terbuka sedemikian secara tidak langsung menjadi peluang terbaik
antara kedua-dua belah pihak untuk mengeratkan lagi hubungan.
“Saya berharap agar dengan adanya majlis rumah terbuka ini memberi peluang untuk rakyat mendekati pemimpin,” katanya.
“Saya berharap agar dengan adanya majlis rumah terbuka ini memberi peluang untuk rakyat mendekati pemimpin,” katanya.
Katanya lagi, beliau turut
berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memainkan peranan bagi
menjayakan majlis berkenaan dan kesudian rakyat yang turut sama memeriahkan
majlis yang dianjurkan itu.
Sumber:sinarharianonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan