KUALA TERENGGANU - Kehadiran tikus yang berkeliaran di dalam wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Gambar dan video berkenaan yang
tersebar di laman sosial memberi imej negatif terhadap hospital utama di negeri
ini kerana dilihat tidak sepatutnya berlaku.
Seorang peguam yang mendapatkan
rawatan di hospital berkenaan hujung minggu lalu, Zarina Hanim Ismail, 29,
berkata, dia tidak menyangka akan mengalami sendiri pemandangan ‘menjelikkan’
itu.
Menurutnya, sebelum ini dia memang
ada mendengar pengalaman orang lain dan anak saudara sendiri yang menjumpai
tikus berkeliaran di HSNZ, namun dia tetap positif dan meneruskan hasrat
mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya mohon masuk wad kelas pertama tetapi memandangkan penuh, saya ditempatkan di wad kelas dua. Tetapi telahan saya silap kerana pada malamnya, saya dapat lihat sendiri tikus berkeliaran di wad.

“Saya tidak dapat tidur lena
kerana bimbang tikus berkenaan mendekati katil. Saya jadi pelik bagaimana tikus
boleh berkeliaran di dalam wad, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan masalah
ini tidak berlarutan,” katanya kepada Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan