"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN"
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar,
Datuk Ahmad Razif Abd Rahman akan meminta Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
(MBKT) mengemukakan laporan berhubung kegagalan PBT mengutip sampah sehingga
mengotorkan keadaan setempat semasa sambutan Aidilfitri lalu.
Menurutnya, longgokan sampah
kelihatan ketara di daerah Kuala Terengganu dan imej sebagai ibu negeri yang
menjadi tumpuan orang luar sudah tentu terjejas dengan tindakan membiarkan
sampah terutama pada hari raya.
Bagaimanapun katanya, buat masa
ini pihaknya belum lagi memanggil wakil daripada MBKT untuk mengetahui punca
sebenar sampah tidak dikutip walaupun telah memaklumkan perkara itu sejak awal
kepada PBT.
“Saya akan minta MBKT menyediakan
laporan kenapa mereka tidak boleh mengatasi masalah sampah baru-baru ini dan
selepas itu kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui
di rumah terbuka Aidilfitri Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu di
Durian Burung, di sini.
Ditanya berhubung kontraktor
dilantik yang difahamkan tidak mempunyai kakitangan mencukupi, Ahmad Razif
enggan mengulas sehingga mendapat punca sebenar berhubung permasalahan terbabit.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak
akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan tindakan akan diambil terhadap
pihak bertanggungjawab.
“Kalau kita sudah dapat punca dia, maka kita akan ambil tindakan. Kalau masalah tersebut dari pegawai, maka pegawai itu akan diambil tindakan, kalau kontraktor pula, kita akan ‘terminate’.
“Kita tidak akan kompromi dan tindakan tegas akan diambil. Sebelum ambil tindakan, saya akan dapatkan laporan dahulu untuk dapatkan punca sebenar permasalahan supaya perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Dalam masa sama, beliau
menjelaskan isu kebersihan yang dibangkitkan membuka mata pelbagai pihak termasuk
di negeri-negeri lain.
“Perkara ini perlu diulang-ulang.
Apabila ulang, orang akan ambil berat. Apabila tidak disebut orang tidak ambil
berat. Jadi, ini adalah salah satu kaedah yang kita laksanakan sekarang ini.
Insya-Allah selagi tidak selesai perkara ini kita akan terus sebut,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan