Jumaat, 16 Disember 2011

Piala FA - laluan berliku buat skuad Penyu

Image Detail

Juara Piala FA musim lalu, Terengganu dapat merasakan laluan yang akan dihadapinya pada saingan tahun depan dalam mempertahankan kedudukannya itu agak berliku dan mencabar.

Namun, jurulatih baru skuad penyu itu, Mat Zan Mat Aris berkata menerusi usaha yang berlipat ganda piala itu dapat dikekalkan terus berada dalam tangan Terengganu.

"Kalau dilihat pada undian semalam memang laluan kita agak sukar," katanya ketika diminta mengulas undian Piala FA 2012 yang diadakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Rabu, 23 November 2011

Dokumentari ‘orang kita’ rakam kehidupan masyarakat Terengganu


Lima orang krew Radio Televisyen Malaysia (RTM1) Kuala Lumpur berkampung selama empat hari di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit bagi menyiapkan program dokumentari ‘orang kita’ yang bersiaran melalui TV1 setiap Khamis jam 2 petang.

Program ini menyingkap sejarah kehidupan, keunikan dan kepayahan hidup yang dilalui datuk nenek mereka sebelum negara mencapai kemerdekaan.


Ketua projek, Encik Ahmad Faizal Mohd Said berkata, sepanjang berada di negeri ini, pihaknya memilih dua kampung iaitu Kampung Tirok, Serada dan Kampung Bukit Wan, Batu Rakit yang dianggap memiliki keistimewaan tersendiri mengenai budaya dan makanan eksotik masyarakat setempat.

Selasa, 22 November 2011

Hebahan Persediaan Menghadapi Banjir di TFM dan Berita RTM


KUALA TERENGGANU, - Setiausaha Keselamatan Negara (SKN) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, En. Tajul Ariffin bin Muhamad telah ditemubual oleh pihak Terengganu FM pagi tadi menerusi slot 'Selamat Pagi Terengganu'. Siaran ke udara tersebut berlangsung selama setengah jam bermula 8.30 sehingga 9.00 pagi. 

Isnin, 14 November 2011

Tuan rumah kejohanan Sepak Takraw Super Series Istaf bukan milik Terengganu


Harat Terengganu untuk menjadi tuan rumah kejohanan Sepak Takraw Super Series Istaf yang dijadual berlangsung Disember ini berkecai apabila Malaysia tidak dipilih sebagai tuan rumah kejohanan itu tahun ini.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT), Mohd Shapian Ali berkata, persatuan itu akur dengan keputusan yang dimaklumkan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail itu kepadanya.


Rabu, 9 November 2011

Kursus kahwin percuma


Keghairahan pihak tertentu menganjurkan program mempromosi seks bebas, Seksualiti Merdeka 2011 mendorong Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir mengambil inisiatif mengadakan kursus pra perkahwinan secara percuma kepada remaja.

Program yang disertai seramai 140 pemuda dan wanita berusia antara 19 hingga 47 tahun sekitar DUN berkenaan itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Menurut Penyelaras UMNO DUN Manir, Encik Yusof Awang Hitam, program tersebut pertama kali diadakan di peringkat DUN untuk membantu meringankan beban peserta.

Khamis, 3 November 2011

Kad khas ganti tiket bola sepak

Image Detail

Kerajaan negeri bercadang untuk memperkenalkan kad khas sebagai mengantikan tiket untuk masuk ke stadium ketika perlawanan bola sepak di negeri ini pada masa akan datang.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad said berkata, perkara ini boleh mengelak daripada berlaku penyelewengan penggunaan tiket berulang kali di kalangan penonton.

Sabtu, 29 Oktober 2011

ADUH SAYANG.....PETEH..PETEH..TIADA JODOH UNTUK TAHUN 2011


PIALA MALAYSIA 2011 29/10/2011 - Aduh sayang...apa nak dikatakan dah tiada jodoh untuk tahun ini. Kekalahan yang ditanggung tidak akan mematahkan semangat juang pemain-pemain Skuad Penyu untuk berjuang ditahun hadapan. Syabas dan tahniah diatas kejayan untuk masuk keperingkat akhir.



Jumaat, 28 Oktober 2011

Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam


Dato' Sabery Chik telah merayu kepada pengurusan pun tidak diendahkan......


KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Penyu tak rela nangis!

pix_gal0

"DOAKAN kejayaan kami, kami turun dengan satu tekad iaitu membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua ke bumi Terengganu," itu kata-kata penuh semangat penjaga gawang skuad penyu, Sharbinee Allawee.

Sedar tugas penuh berliku untuk mengawal pintu gawang daripada dibolosi, bekas penjaga gol kebangsaan ini mengharapkan barisan pertahanan dikemudi ketua pasukan, Marzuki Yusof mampu mengekang asakan penyerang lawan terutamanya Hairuddin Omar.

Ahad, 23 Oktober 2011

Terengganu, N. Sembilan ke akhir Piala Malaysia 2011


Image Detail

Terengganu dan Negeri Sembilan berjaya melangkah ke saingan akhir Piala Malaysia 2011 apabila kedua-dua pasukan menewaskan lawan masing-masing di tempat sendiri pada perlawanan separuh akhir kedua.

Skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim berjaya menewaskan Selangor 2-1 (agregat 4-1), manakala Negeri Sembilan mara selepas mengalahkan T-Team 2-1 (agregat 6-3) untuk bertemu kali pertama dalam saingan akhir Piala Malaysia. – Utusan

Rabu, 5 Oktober 2011

Fadhli, Irfan cipta sejarah

pix_gal0


DUA pemain muda negara, Irfan Fazail dan Fadhli Shas mencipta sejarah tersendiri apabila muncul warga Malaysia pertama turun beraksi secara rasmi dalam dua saingan bola sepak di Slovakia, Liga Corgon dan Piala Slovnaft. 

Kedua-dua pemain tersebut yang berusia 20 tahun bersama seorang lagi pemain muda negara, Wan Zack Haikal Wan Nor diambil kelab ViOn Zlate Moravce sebagai pemain pinjaman selama dua bulan bermula 26 Ogos lalu.

Selasa, 27 September 2011

Man. United, City perlu bangkit


Image Detail

PARIS - Selepas bermula hambar, Manchester United, Manchester City dan Inter Milan perlu memburu kemenangan pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara hari ini.

Pemerhati sukan berpendapat ketiga-tiga kelab tersebut memerlukan kekuatan luar biasa untuk merampas trofi daripada Barca.

Khamis, 22 September 2011

Lagi anak Terengganu layak ke pertandingan peringkat dunia



Kerajaan negeri telah menyumbang sebanyak RM20,000 kepada Mohd Aiman Yusof, 22, yang terpilih mewakili negara ke pertandingan Worldskill ke London, United Kingdom pada 5 hingga 8 Oktober depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, sumbangan ini adalah untuk menampung perbelanjaan Mohd Aiman sepanjang berada di sana yang sebahagian besarnya telah dibiayai Jawatankuasa Pembangunan, Kementerian Sumber Manusia.

Jumaat, 9 September 2011

Polis Tahan Tujuh Suspek, Rampas Dadah Bernilai RM2.6 Juta termasuk di Terengganu

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menahan tujuh suspek termasuk empat warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.6 juta di Lembah Klang dan Terengganu, dalam tempoh tiga hari sejak Selasa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 41 tahun itu membabitkan beberapa sindiket pengedaran dadah.
Bercakap pada sidang media di sini pada Khamis, Noor Rashid berkata penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki termasuk satu warga Thailand di Bandar Sri Damansara kelmarin, kira-kira pukul 11.15 malam.

Rabu, 7 September 2011

Barca dedah nilai Fabregas RM255 juta


BARCELONA - Naib presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu membuat kenyataan yang diibaratkan 'menampar muka Arsenal' selepas menyifatkan pembelian Ces Fabregas pada harga 35 juta pound (RM168.5 juta) sebagai 'urus niaga sangat bagus'.

Menurut Bartomeu, selepas menilai persembahan awal musim, Fabregas sepatutnya bernilai 53 juta pound (RM255 juta), sama seperti harga permintaan Arsenal pada awalnya.

Sabtu, 3 September 2011

Jurukamera Bernama TV Maut Akibat Terkena Peluru Sesat Di Somalia



KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 40, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, Jumaat petang.

Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro Jumaat malam.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

Isnin, 29 Ogos 2011

EPL: Manchester United mengamuk, belasah Arsenal 8-2


View Image

LONDON 29 Ogos - Dua pasukan Manchester, Manchester United dan Manchester City unggul dalam pertembungan menentang kelab London awal pagi tadi apabila membelasah lawan masing-masing dengan jaringan besar, sekali gus meletakkan diri mereka selaku pilihan merangkul gelaran Liga Perdana musim ini.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Zakry, Fairuzizuan sukar diganti


Image Detail

KEPUTUSAN Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diakui akan menjejaskan latihan skuad beregu negara kerana kedua-dua pemain itu masih berupaya menjadi rakan sparring yang baik.

Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky berkata bagaimanapun dia perlu menghormati keputusan mereka dan akan berbincang dengan penolongnya, Rosman Razak serta BAM bagi mengatasi masalah ketiadaan kedua-dua pemain itu sekembali dari bercuti, esok. 

Rabu, 24 Ogos 2011

AKU BUKAN TOMBOY.....{akan datang 11 november 2011}




Sinopsis Filem Aku Bukan Tomboy

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Disebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percintaan tiga segi di antara 2 lelaki iaitu Harry dan Burn.

Selasa, 23 Ogos 2011

Anak Harimau dilamar - tidak berhariraya disamping keluarga



WAN ZACK antara tiga pemain skuad Olimpik yang mendapat perhatian di Slovakia
PEMAIN bola sepak negara sebenarnya mampu mencipta nama di bumi Eropah.
Apa yang penting, mereka perlu berani serta ada keyakinan untuk bersaing.
Buktinya, tiga tonggak skuad Olimpik negara - Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas - telah mendapat perhatian sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce.
Sebagai permulaan, mereka akan menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman untuk selama tiga bulan hingga November depan.



Ahad, 21 Ogos 2011

PANAS !!! Video David Villa Hina Islam - Ozil

Image Detail

Sudah menjadi perbualan hangat di internet bagi peminat kelab bola sepak dunia berikutan rententan berita yang mengatakan David Villa telah mengeluarkan perkataan yang berbaur penghinaan ke atas agama Islam kepada Mesut Ozil.


Kemuncak pertengkaran diantara Mesut Ozil dengan Villa berpunca apabila pemain Real Madrid,Marcelo membuat terjahan keras kepada pemain Barca iaitu Fabregas.Dari aksi inilah yang menyebabkan kesemua pemain lain campur tangan untuk meluahkan protes terhadap tindakan tersebut,dalam keadaan yang kelam kabut jelas menyaksikan Mesut Ozil dan David Villa bertengkar.

Isnin, 15 Ogos 2011

Pemeriksaan Mengejut Dapati Ada Pesawat Guna Tayar Botak


JAKARTA: Pemeriksaan mengejut petugas Direktorat Jeneral Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tengerang pada Ahad mendapati ada pesawat masih menggunakan tayar yang dikategorikan sudah botak, sebuah akhbar harian melaporkan Isnin.

Ahad, 14 Ogos 2011

Chong Wei mara ke final



KUALA LUMPUR: Perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei, mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley di London.

Beliau yang juga pilihan utama kejohanan, mengenepikan pilihan keenam, Chen Jin, dari China 21-13, 21-9.

Selasa, 9 Ogos 2011

Liga Hoki Terengganu Akan Dihidupkan Semula


KUALA TERENGGANU: Persatuan Hoki Lelaki Negeri Terengganu (PHLNT) akan menghidupkan semula Kejohanan Liga Hoki Terengganu bagi merebut Piala Menteri Besar yang terhenti sejak 2008 lalu.
Setiausahanya Sabri Salleh berkata kejohanan yang akan diadakan selepas Adilfitri ini diharap akan mengembalikan kegemilangan sukan hoki di Terengganu khususnya di daerah-daerah.

Rabu, 3 Ogos 2011

Nicol Ungguli Ranking Teratas Wispa Selama 61 Bulan

View Image

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David mengekalkan kedudukannya selaku pemain No.1 dunia dalam senarai Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa).
Menurut Wispa dalam laman web rasminya, Nicol mengungguli ranking teratas selama 61 bulan berturut-turut sejak Ogos 2007.

Selasa, 2 Ogos 2011

Harimau Muda tunjuk belang

View Image
PERJUANGAN skuad Harimau Malaya pimpinan Datuk K Rajagobal dalam Kelayakan Piala Dunia 2014 seperti diketahui umum sudah berakhir. Namun, prestasi terbaik dipamerkan anak buah Ong Kim Swee dengan memenangi dua perlawanan awal persahabatan di Slovakia cukup membangggakan. 

Isnin, 1 Ogos 2011

Kemerdekaan: Rakyat Malaysia diajak kibar Jalur Gemilang

View Image

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mengajak rakyat Malaysia supaya mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang bakal menjelang.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, beliau berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat bersatu padu dalam usaha meningkatkan perasaan kasih kepada tanah air.

Selasa, 26 Julai 2011

Kerajaan laksana pembangunan berorientasikan rakyat


Kerajaan negeri melaksanakan pembangunan di seluruh Terengganu dengan menggunakan pendekatan yang berorientasikan kepentingan rakyat serta tidak menabur janji kosong demi meraih sokongan mereka.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri serta Kerajaan Pusat sentiasa komited membantu rakyat dalam pelbagai aspek bagi meningkatkan taraf hidup mereka tanpa mengira ideologi politik.

Sabtu, 23 Julai 2011

Nicol Mara Ke Akhir

View Image
PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita nombor satu dunia dari Malaysia, Datuk Nicol Ann David mara ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2011 selepas menumpaskan Omneya Abdel Kawy dari Mesir di pusat beli-belah The Curve di sini malam Khamis.

Sabtu, 16 Julai 2011

Peminat Tunggu Lapan Jam Untuk Dapatkan Tandatangan Joe Cole

View Image
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Penantian seorang pelajar sekolah selama lapan jam untuk mendapatkan tandatangan pemain Liverpool, Joe Cole akhirnya berbaloi selepas dia menjadi peminat pertama mendapat layanan bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris itu.

Khamis, 14 Julai 2011

ARSENAL 4 MALAYSIA 0

View Image
KUALA LUMPUR: Pasukan Arsenal menewaskan skuad pilihan Malaysia 4-0 pada perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu.
The Gunners berjaya meraih gol pertama seawal minit kelima permainan melalui sepakan penalti yang dilakukan oleh Aaron Ramsey selepas Jack Wilshere dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mohd Aidil Zafuan.
Manakala gol kedua Arsenal dijaringkan oleh Theo Walcott pada minit ke-38.

Rabu, 13 Julai 2011

Ancaman Bom Di Komtar Rupanya Beg Mengandungi Anak Babi, Biawak Dan Itik

View Image
GEORGE TOWN, 12 Julai (Bernama) -- Panggilan telefon mendakwa ada bom di Komtar, di sini Selasa, yang memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri tersebut.

Isnin, 11 Julai 2011

Anwar petualang Agama, Bangsa Dan Negara

View Image

KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah petualang negara serta dalang sebenar terhadap segala kekecohan yang berlaku termasuk pada perhimpunan haram semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perangai 'hodoh' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

Khamis, 7 Julai 2011

FAS belum tetap jumlah tiket penyokong Malaysia


SUBANG - Peminat yang berhasrat menyaksikan perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Singapura pada 23 Mei ini, terpaksa bersabar kerana Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) belum menetapkan jumlah tiket yang diperuntukkan untuk penyokong Harimau Malaya.

Venue perlawanan itu nanti, Stadium Jalan Besar hanya mampu memuatkan kira-kira 6,000 penonton.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada FAS hasrat berkenaan, tetapi perkara itu masih dalam pertimbangan.

Rabu, 6 Julai 2011

Tottenham Hotspur Pilih Malaysia Sebagai Pangkalannya Di Asia

View ImagePETALING JAYA, 5 Julai (Bernama) -- Malaysia dipilih sebagai pangkalan Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur dalam meningkatkan program pembangunan bola sepaknya di rantau Asia.

Duta kelab berkenaan, Gary Mabbutt berkata program yang dijalankan dengan usaha sama syarikat Football Focus Asia itu, akan menggilap pemain bola sepak berpotensi di negara ini dan juga Asia.

"Menerusi program ekstensif ini, yang bakal membawa jurulatih Tottenham ke Malaysia, bola sepak akan dibangunkan setaraf standard EPL, dari peringkat akar umbi, bagi menjana kejayaan sukan berkenaan di Malaysia bagi tahun-tahun akan datang.

Selasa, 5 Julai 2011

Pasangan kembar ditemui mati berpelukan dalam kebakaran

View Image

KUALA TERENGGANU: Pasangan kembar berusia tiga tahun tiga bulan ditemui mati berpelukan dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Durian Mas, Manir di sini, pagi tadi. 

Dalam kebakaran jam 9.18 pagi itu, mangsa Norfatin Fazanah Hamid dan Norfatin Fazana ditemui mati dalam sebuah bilik di rumah itu dipercayai terperangkap.

Isnin, 4 Julai 2011

Syabas! Kita ke pusingan kedua


Team Malaysia

KUALA LUMPUR - Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam.

Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura pada 23 Julai ini.

Anak-anak buah Datuk K. Rajagobal bakal menentang pasukan jiran di Singapura dalam aksi awal manakala perlawanan kedua dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai ini.

Sabtu, 2 Julai 2011

Terengganu Masih Berpeluang Juarai Liga Super 2011 - Irfan Bakti

View Image
KUALA TERENGGANU, (Bernama) -- Peluang Terengganu untuk menjuarai saingan Liga Super 2011 masih terbuka, kata ketua jurulatih pasukan itu Irfan Bakti Abu Salim.

Beliau berkata ini berdasarkan rekod pertemuan dua pasukan teratas iaitu Kelantan dan Selangor dengan lawan masing-masing kurang memberangsangkan.

Katanya, perlawanan terakhir pada 6 Julai ini menyaksikan tiga pasukan teratas liga termasuk Terengganu, akan bertandang ke tempat lawan.

Jumaat, 1 Julai 2011

Tiga kapten selisih ajal di udara

SUBANG - Tiga kapten sebuah syarikat penerbangan swasta menarik nafas lega apabila mereka hanya mengalami cedera ringan selepas helikopter yang dinaiki terhempas dari ketinggian 60 meter di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam.
Kejadian pukul 8.17 pagi itu berlaku ketika Kapten Syahfrilhaidi Abdul Rahman, 38, Kapten Nor Azhari Mat Yunos, 35, dan Kapten Mohd. Zamri Mohamed, 44, sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan helikopter jenis AgustaWestland AW139 milik Weststar Aviation Services Sdn. Bhd.
Syahfrilhaidi merupakan juruterbang, Nor Azhari pembantu juruterbang dan Mohd. Zamri sebagai kapten pelatih. Mereka dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini.

Khamis, 30 Jun 2011

Malaysia menang tipis 2-1 ke atas Taiwan


KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Malaysia menundukkan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol pertama diperoleh Safiq Rahim pada minit ke-28.


Masuk separuh kedua, pemain negara meningkatkan bahagian serang dan berjaya memperoleh gol kedua menerusi Mohd Aidil Zafuan Abd Razak pada minit ke-54.

Rabu, 29 Jun 2011

Harimau Malaya tanpa Apek?


PETALING JAYA – Ketika dua tonggak utama serangan negara, Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahya kian menunjukkan perkembangan positif untuk diturunkan berdepan Taiwan, kem Harimau Malaya menerima berita yang mendukacitakan mengenai penjaga gol No.1 negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Kecederaan bahu yang dialami pada separuh masa kedua ketika berdepan Lebanon pada kelayakan Olimpik 2012, Khamis lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, masih belum pulih sepenuhnya dan dia mungkin terlepas peluang bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan, esok.

Isnin, 27 Jun 2011

ISA Boleh Digunakan Terhadap Penganjur Perhimpunan Haram 9 Julai


View Image
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.

Ahad, 26 Jun 2011

Keropok Lekor Terpanjang Dicipta Pada Karnival Bank Rakyat Di Kuala Terengganu

View Image

KUALA TERENGGANU, 25 Jun (Bernama) -- Karnival Bank Rakyat Cintai Alam di Dataran Shahbandar di sini pada Sabtu mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi pembuatan keropok lekor sepanjang 479.4 meter.

Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata pembuatan keropok lekor terpanjang itu adalah antara keunikan penganjuran kali ketiga karnival berkenaan di sini, selepas Melaka dan Kedah pada April dan bulan lalu.

Sabtu, 25 Jun 2011

Dua Terbunuh, 11 Cedera Dalam Serangan Bom Tak Bai


PHUKET, 24 Jun (Bernama) - Dua petugas perkhidmatan awam terbunuh dan 11 yang lain termasuk enam askar cedera dalam dua serangan bom di Tak Bai, Narathiwat, Jumaat.

Jurucakap polis Tak Bai berkata dua kakitangan pejabat pengairan terbunuh bila sebutir bom meletup di pejabat tersebut pada 12.30 tengah hari. Mereka dikenali sebagai Tieng Chamnankong dan Vitit Siri.

Jumaat, 24 Jun 2011

MB minta penjawat beri perkhidmatan terbaik


Penjawat awam di Terengganu diminta memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat bertujuan mengelak pandangan serong dan tohmahan terhadap mutu perkidmatan awam.

Memperkenalkan slogan `Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan’ dan mengamalkan sistem Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal (5S) antara pendekatan yang dilaksanakan bertujuan memberi kebajikan dan keselesaan kepada rakyat.

Rabu, 22 Jun 2011

Bekas pelajar PTPL ditahan kerana hina gambar Agong

View Image

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang bekas pelajar PTPL Kota Bharu kerana dipercayai terbabit dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dikeluarkan dalam satu laman sosial baru-baru ini. 

Lelaki berusia 24 tahun yang juga seorang penganggur, menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 8 malam kelmarin.

Selasa, 21 Jun 2011

Perhimpunan Bersih Didalangi PKR Dan Anwar Ibrahim

Kuala Lumpur, 21 Jun- Perhimpunan dan Perarakan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini merupakan agenda dan didalangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di mana Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan jurucakap utama untuk perhimpunan bersih ini, Ujar Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...