Rabu, 10 Oktober 2012

Diabetes kanak-kanak meningkat


Pengambilan makanan manis secara berlebihan boleh menyebabkan obes dan menghadapi risiko diabetes.
SECARA umumnya masyarakat juga mengetahui penyakit diabetes ini hanya akan ‘menyerang’ orang dewasa yang berumur 30 tahun dan ke atas.

Bagaimanapun sukar untuk mempercayai apabila kanak-kanak atau remaja turut dilaporkan mengalami diabetes di negara ini.

Tetapi realitinya senario ini berlaku malah kanak-kanak atau remaja yang menghidap penyakit kencing manis ini selalunya adalah jenis 1.

Yang pasti pada usia muda sekiranya individu tersebut menghidap diabetes ini adalah disebabkan antibodi dalam badan telah merosakkan organ pankreas yang mengeluarkan insulin hingga mengakibatkan mereka ini mengalami kekurangan insulin.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Joo Bong kembali ke pangkuan BAM?


KUALA LUMPUR - Legenda beregu Korea Selatan, Park Joo Bong hampir pasti kembali ke pangkuan Malaysia lagi kali ini sebagai pengarah kejurulatihan baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seawal Januari tahun depan.

BAM sebelum ini mahukan seorang pengurus projek yang berperanan untuk menjayakan misi jangka panjang Olimpik 2016, 2020 dan 2024 tetapi nampaknya pada akhirnya ialah seorang pengarah kejurulatihan yang setaraf pengarah prestasi tinggi.

Ahad, 30 September 2012

Nicol Terkandas Di Suku Akhir Terbuka Carol Weymuller 2012


KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David gagal meneruskan kemaraan pada Terbuka Carol Weymuller 2012 apabila terkandas di peringkat suku akhir pada Jumaat.

Laman web skuasy, www.squashsite.co.uk, melaporkan Nicol tumpas kepada pemain dari England, Alison Waters 9-11, 11-5, 3-11 dan 7-11 di Casino Heights, Brooklyn di New York, Amerika Syarikat.

Rabu, 26 September 2012

Penyokong Terengganu dinasihat tidak adakan demo ABC


KUALA TERENGGANU 26 Sept. - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menasihatkan peminat bola sepak Terengganu supaya tidak mengadakan demonstrasi yang dijadual di perkarangan Dataran Batu Burok di sini, Sabtu ini.

Penyokong setia Sang Penyu bercadang mengadakan demonstrasi yang dinamakan "Demonstrasi ABC (Asal Bukan Che Mat) bagi mendesak pengunduran Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh.

Selasa, 18 September 2012

Peter Butler digantung enam bulan, denda RM4,000


KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan untuk menggantung jurulatih Terengganu Peter Butler selama enam bulan mulai esok dan mengenakan denda RM4,000 terhadap jurulatih dari England itu.

Pengerusi jawatankuasa itu, Ahmad Shukri Zakaria berkata Butler dikenakan hukuman itu bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku dua pemain Terengganu membawa wanita masuk ke bilik mereka tanpa terlebih dahulu melaporkannya kepada pihak pengurusan.


Isnin, 17 September 2012

Legoland Malaysia diserbu


NUSAJAYA 15 Sept. - Kira-kira 20,000 orang dari dalam dan luar negara mengunjungi Legoland Malaysia apabila ia mula dibuka kepada orang ramai hari ini.

Malah mereka sanggup menunggu seawal pukul 8 pagi sebelum pintu masuk ke taman tema bertaraf antarabangsa itu dibuka pada pukul 10 pagi.

Paling bertuah ialah Rosyati Nasro, 44, dan keluarganya dari Johor Bahru yang menjadi pengunjung pertama menjejakkan kaki ke taman itu dan disambut sendiri oleh Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst.

Jumaat, 14 September 2012

Ramai Gugur Musim Depan – MB


Bagi menyegarkan skuad Terengganu yang kian longlai, ramai pemainnya dijangka digugurkan dalam persiapan menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, langkah itu perlu dilakukan agar ia dapat bangkit semula selepas diselubungi pelbagai kontroversi kebelakangan ini.
Jelasnya, beliau sendiri akan turut ‘campur tangan’ dalam menentukan pemilihan skuad Penyu untuk musim depan.
“Saya tak terlibat dalam pengurusan tapi saya akan campur tangan dalam pemilihan pemain musim depan.

Isnin, 10 September 2012

SPRM Mungkin Panggil Beberapa Lagi Pemain Skuad Penyu


Siapa kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhenti daripada menyiasat Skuad Penyu dalam usahanya mencari bukti wujudnya dakwaan menjual perlawanan?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin memanggil beberapa lagi pemain bola sepak Terengganu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menjual perlawanan.

Pengarah SPRM Terengganu Md Yusoff Md Zain berkata setakat ini, seramai lapan individu membabitkan pemain skuad Penyu dan pihak pengurusan dipanggil memberi keterangan.

Selasa, 4 September 2012

Samsiah Catat Sejarah Wanita Pertama Ketuai Jabatan Agama Di Terengganu


KUALA TERENGGANU, 3 Sept (Bernama) -- Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang baru dilantik Samsiah Awang mencatat sejarah wanita pertama menerajui jabatan agama di negara ini.

Samsiah, 54, yang dilantik 26 Ogos lalu berazam memberikan khidmat terbaik kepada seluruh umat Islam di Terengganu. Beliau terharu dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan negeri terhadap kredibilitinya.

"Saya berharap mendapat sokongan dari semua petugas jabatan ini untuk sama-sama memastikan khidmat kita terus cemerlang demi memastikan kemaslahatan (kesejahteraan) umat Islam negeri ini terus terjaga.

Isnin, 3 September 2012

Peteh mahu pemain khianat pasukan Terengganu disingkir


wan mohd azmi wang ngah.
KUALA TERENGGANU - Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (Peteh) mendesak Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil tindakan tegas terhadap pemain yang 'khianat' kepada pasukan.
Setiausahanya Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata ini termasuk menyingkir pemain yang tidak berdisiplin dan setia.
"Kita desak PBNST tidak perlu lagi menyimpan pemain seumpama ini kerana pasukan Terengganu akan lebih teruk sekiranya semakin lama pemain sedemikian  disimpan," katanya kepada Bernama.

Ahad, 26 Ogos 2012

Piala Malaysia: Misi 33 Selangor di laluan sukar


Piala Malaysia
'MISI 33' yang dicanang pasukan Selangor tampak semakin mustahil apabila skuad bimbingan Irfan Baktiar hanya mampu mengikat keputusan seri 2-2 pada perlawanan kedua Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam ini.

Dengan keputusan tersebut, Selangor hanya berjaya mengutip satu mata setelah tewas 1-2 kepada Sarawak pada aksi sulung Piala Malaysia, Rabu lepas.

Dalam babak pertama, Pahang terlebih dahulu membolosi gawang lawan menerusi pemain importnya, Maicon pada minit ke 14.

Bagaimanapun kegembiraan skuad Dollah Salleh tidak bertahan lama apabila Safiq Rahim berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selang satu minit kemudian.

Khamis, 23 Ogos 2012

Misi menentang arus sejuk Selat Inggeris, PM doakan kejayaan


SEPANG 22 Ogos - Seramai 15 perenang dan krew berlepas ke Dover, United Kingdom malam ini untuk melakukan persediaan terakhir sebelum memulakan Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI 1Malaysia) pada 16 September ini.

Penganjur program itu, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, aktiviti di Dover akan menumpukan kepada ujian ketahanan sejuk dan latihan renang selama enam jam yang akan mengukuhkan lagi stamina perenang.

Latihan ini adalah penting sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran termasuk suhu air sekitar 16 hingga 18 darjah celsius dan arus Selat Inggeris yang deras.


Khamis, 16 Ogos 2012

Nicol mara ke pusingan kedua Terbuka Australia


CANBERRA: Pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Datuk Nicol David mara ke pusingan kedua kejohanan skuasy Terbuka Australia di sini selepas diuji kehebatannya oleh pemain muda Wales, Tesni Evans pada Rabu.

Nicol, yang menang mudah pada set pertama, kalah mengejut pada set kedua selepas menerima tentangan hebat daripada Evans, 19, dan menjadikan kedudukan 1-1.

Ratu skuasy Malaysia itu kemudian menyusun kembali permainannya dan memenangi set ketiga 11-3, 8-11, 11-4, 11-8. 

"Saya bekerja keras sepanjang permainan tadi untuk menang. Lihatlah sendiri kemampuannya mengawal bola. Dia memang berbakat besar dan tidak mudah mengalah," kata Nicol kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Isnin, 13 Ogos 2012

Jins Shamsuddin Makin Lemah Ingatan


jins
Sebuah portal berita melaporkan ingatan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin semakin lemah sehingga sudah tidak lagi mengenali rakan-rakan yang datang melawatnya.

"Dari segi fizikal beliau sangat cergas dan tidak mempunyai masalah kesihatan namun ingatannya semakin lemah dan beliau sukar mengingati orang di sekeliling," ujar Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli ketika menziarahi pelakon tersebut di Hulu Klang dekat sini, pada Rabu.


Jumaat, 10 Ogos 2012

Harimau Malaya tumpas 0-2 kepada kelab Hungary dalam aksi persahabatan


KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan tumpas 0-2 kepada kelab Hungary, Gyirmot Gyor FC dalam perlawanan persahabatan di Budapest, Hungary awal pagi tadi.

Pasukan negara yang dikenali sebagai Harimau Malaya kini sedang mengadakan latihan di Vienna, Austria dari 4 hingga 16 Ogos sebagai persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki pada November ini.


Kelab Hungary itu yang dibimbing bekas pemain kebangsaan Hungary, J�nos Csank membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi pemain tengah Norbert T�th sebelum penyerang Magasf�ldi J�zsef menyumbat masuk gol kedua pada masa kecederaan (minit ke-92), menurut kelab itu seperti dipetik dalam laman web mereka http://www.gyirmotfc.hu.

Anak buah Datuk K. Rajagobal itu akan menentang sebuah lagi kelab Hungary, TSV Hartberg empat hari lagi sebelum menamatkan Jelajah Eropah berdepan kelab Austria, Szombathely Haladas FC pada 14 Ogos.



Skuad Harimau Malaya yang merupakan juara bertahan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010, telah diundi bersama naib juara edisi lepas, Indonesia dan juara tiga kali, Singapura dalam Kumpulan B.


Rabu, 8 Ogos 2012

Keirin: Azizul mara final, gagal bawa pingat


Azizulhasni
PELUMBA basikal trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang berjaya mara ke peringkat akhir trek Keirin Individu Lelaki Sukan Olimpik 2012 di London, tetapi gagal membawa sebarang pingat.
Selepas usaha Datuk Lee Chong Wei, dia menghidupkan semula harapan emas negara awal pagi ini.
Bagaimanapun dalam saingan final yang berlangsung kira-kira 1.05 pagi tadi, Azizulhasni hanya menduduki tempat keenam daripada enam peserta peringkat akhir.
Azizulhasni bersaing bersama Shane Perkins (New Zealand), Chris Hoy (Britain), Maximilian Levy (Jerman), Teun Mulder (Belanda) dan Simon van Velthooven (New Zealand) pada jam 12.50 pagi ini (waktu Malaysia).
Pingat emas dimenangi oleh Hoy. Maximilian memperoleh perak manakala Velthooven dan Mulder (gangsa).

Isnin, 6 Ogos 2012

Lee Chong Wei Menang Pingat Perak Olimpik - Tahniah


Set ketiga dimenangi oleh Lin Dan dengan keputusan 21 - 19. Permainan yang sungguh mendebarkan. Chong Wei pernah mendahului 18 - 16 tetapi nasib tidak menyebelahi beliau.

Apa pun, penaklasik ucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei kerana menang pingat perak olimpik.

Ahad, 5 Ogos 2012

Rakyat Malaysia Perlu 'Bersama' Chong Wei - Najib


PEKAN, 4 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia perlu bersama-sama Datuk Lee Chong Wei dalam usaha beliau meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik.

Najib berkata Lee yang layak ke final acara perseorangan badminton selepas menewaskan pemain China, Chen Long 21-13, 21-14 dilihat mempunyai kekuatan mental dan emosi bagi menggenggam emas negara.

Lee akan bertemu musuh tradisinya Lin Dan pada final esok selepas pemain itu menewaskan pemain Korea Selatan Lee Hyun pada satu lagi aksi separuh akhir.

"Rakyat Malaysia akan memberi sokongan dan semangat dan saya katakan pada dia buatlah, menanglah untuk Malaysia, lakukannya untuk Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan zakat pada golongan asnaf bagi Parlimen Pekan di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jumaat, 6 Julai 2012

Pasukan Terengganu di minta tingkatkan prestasi


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said memberi memperingat tegas kepada pasukan Terengganu supaya segera meningkatkan prestasi sepanjang Liga Super berlangsung jika tidak mahu peruntukan bagi pasukan itu diberhentikan .

"Saya amat kecewa dengan corak permainan pemain Terengganu dan juga pengurusannya. Saya mahu pihak pengurusan buat sesuatu.

"Jika gagal, kita tidak akan teragak-agak hentikan peruntukan tambahan kepada skuad Terengganu. Setakat ini kita dah beri RM2 juta dan mereka kena tunjukkan perubahan. Kalau masih tak berubah, peruntukan tambahan tak akan diberi.


"Saya cukup tak puas hati dengan mutu permainan Terengganu dari segi cara hantar bola dan peluang menjaringkan gol, sungguh membosankan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Beliau diminta mengulas perlawanan antara Terengganu menentang Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam semalam yang berakhir dengan skuad Penyu menang tipis 2-1 ke atas Kuala Lumpur.

Sabtu, 26 Mei 2012

Terengganu: Butler buat perubahan besar


KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu sekali lagi dirundum malang, apabila gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila tewas tipis, 2-3 kepada Kelantan dalam saingan kalah mati pusingan kedua kejohanan itu di Stadium Sultan Mahmud IV, Kota Bharu, malam kelmarin.

Sebelum ini, Juara FA musim lalu itu gagal beraksi ke pentas final Piala FA, setelah tewas dengan agreget 1-2 ke atas KL Sime Darby pada aksi kedua perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1 Mei lalu.

Francis Forkey DoeJusteru pengendalinya, Peter Butler akan membuat perubahan besar kepada pasukannya berikutan kehilangan 2-3 pada perlawanan malam kelmarin.

Menurutnya, banyak perkara perlu dilakukan selepas ini dalam usaha menaikkan semula moral anak buahnya seterusnya memupuk ciri-ciri yang perlu ada untuk membentuk satu pasukan yang hebat.

"Kita memberi tiga gol mengejutkan kepada pasukan tuan rumah, ini adalah kecuaian kita dan pasukan Kelantan cepat menyesuaikan diri ketika bermain di atas padang yang basah dan mereka bermain dengan baik.

Ahad, 20 Mei 2012

RENTAK PERMAINAN KELANTAN MEMBOSANKAN


Final Piala FA 2012
KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini.

Permainan yang ditunjukkan oleh Pasukan Kelantan adalah amat membosankan dan tiada sebarang serangan yang betul-betul memberi kejutan kepada Pasukan Sime Darby.

Ahad, 13 Mei 2012

Lima murid Terengganu wakili bola sepak di Croatia


Lima anak Terengganu terpilih daripada 24 pemain cilik bagi mewakili negara pada kejohanan bola sepak Piala Cappy di Croatia pada 21 hingga 30 Mei ini.

Jurulatih yang juga pengurus pasukan Encik Mat Noor Bidin berkata kesemua pemain yang dipilih oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bakal menyahut cabaran bersaing di pentas dunia sekaligus mencari pengalaman di kejohanan berkenaan.


Rabu, 9 Mei 2012

Mat Zan tinggalkan skuad Terengganu Jun ini


Ketua jurulatih Skuad Penyu, Mat Zan Mat Aris (gambar) mengambil keputusan untuk meletak jawatan semalam. Ia berkuat kuasa 1 Jun depan.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dato’ Che Mat Jusoh selepas perbincangan dengan bekas jurulatih Pos Malaysia itu.

Ahad, 6 Mei 2012

Senarai Kedua Wanted Bersih 3.0 - 42 Orang Lagi TERMASUK ANGRY BIRD


Sebelum ini, polis menyiarkan 49 gambar orang awam termasuk seorang wanita, dan sehingga semalam hanya seorang yang telah tampil untuk membantu siasatan. Sinar

Lelaki berkenaan berumur 39 tahun datang sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 3 petang semalam.


Saya duk perhati gambar dibawah .... TIBA-TIBA perasan satu gambar - NO 5 ! Hei ANGRY BIRD la !!! KLiK

 
 

Jumaat, 4 Mei 2012

SENARAI PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA YANG DIKEHENDAKKI DITANGKAP OLEH POLIS


Sama-sama lah kita membantu PDRM dan Kerajaan untuk menangkap pengkhianat-pengkhianat ini, dengan menyampaikan maklumat kepada polis.

 

Sampaikan sebarang maklumat mengenai pengkhianat-pengkhianat yang dipaparkan itu kepada mana-mana balai polis yang berhampiran dengan segera.

Khamis, 3 Mei 2012

Dominasi perlawanan, namun kecundang


Terengganu lebih mendominasi sepanjang perlawanan malam tadi, bagaimanapun ternyata nasib tidak menyebelahi pasukan kita, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

“Kita sudah kalah, nak buat macam mana..Kita `control game’ tetapi gagal menghasilkan gol, nasib kita kurang baik pula sudah lah kita kena di sini (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah) 1-2, pergi sana pula padang basah.Doe (Francis Forkey Doe) bukan boleh main di padang basah, dia tidak pernah main di padang basah macam itu.

Khamis, 26 April 2012

Terengganu bangkit meratah Song Lam Nghe An 6-2



KUALA TERENGGANU 26 April - Terengganu mencuri tumpuan untuk mengesahkan tempat bagi melayakkan ke pusingan kedua Piala Konfederasi Asia (AFC) setelah membenam cabaran pasukan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An, 6-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Isnin, 23 April 2012

Terengganu kalah, rumah pengurus pasukan diserang


Image Detail
KUALA TERENGGANU 22 April - Dek kekalahan demi kekalahan yang dicatatkan oleh pasukan Terengganu, pihak pengurusan skuad Penyu semakin hebat dikecam oleh penyokong setia pasukan itu.

Kali ini rumah Pengurus Pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh menjadi mangsa diserang oleh kira-kira 100 penyokong pasukan itu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam tadi ada penyokong yang bertindak liar dengan membuat kecoh serta membaling batu ke arah kediaman Che Mat di Kampung Panji Alam, di sini.

Sabtu, 14 April 2012

Annuar: Tuduhan dan hukuman 'tak selari'


 Tan Sri Annuar Musa
TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, yang dihukum  digantung 30 bulan, mendakwa hukuman yang dikenakan ke atas beliau tidak selari dengan pertuduhan yang dibawa ke atas beliau.
Beliau dihukum gantung selama 30 bulan berkuat kuasa 4 April lalu dan tidak dibenarkan membuat rayuan.

Selasa, 10 April 2012

Terengganu tersungkur, Tempines Rovers bawa kemenangan pertama AFC

Pasukan Terengganu sekali lagi tersungkur apabila gagal memanfaat kelebihan beraksi dilaman sendiri selepas tewas kepada Tempines Rovers, 0-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.


Faktor keletihan jelas menjadi isu serius yang dihadapi pasukan tuan rumah setelah juara bertahan Piala FA itu dikejutkan apabila dibelasah Selangor, 1-6, pada aksi Liga Super Sabtu lalu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).



Jumaat, 6 April 2012

Kris Dayanti jadi punca Safee Sali bercerai??


Peminat-peminat bola sepak negara dikejutkan dengan berita perceraian penyerang kebangsaan, Safee Sali, 28, dengan isterinya Sabarina Yusof apabila Safee dengan sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah.

Sabtu, 31 Mac 2012

PIALA FAM: Annuar lwn FAM???

KEMELUT yang melanda hubungan antara Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa dengan badan induk bola sepak Malaysia itu kini semakin memuncak selepas beliau diarahkan untuk berdepan Jawatankuasa Tatatertib, 4 April ini.

Khamis, 29 Mac 2012

SPR: Daftar sebelum Ahad ini

Image Detail

PUTRAJAYA 28 Mac - Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

Rabu, 7 Mac 2012

Liga Super - Terengganu Ekori Kelantan Sebagai Pendahulu


Terengganu terus mengancam pendahulu Liga Super, Kelantan apabila merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur di gelanggang lawan, malam kelmarin pada hari yang menyaksikan Kedah bangkit garang mencipta kejutan besar membenam Selangor di Alor Setar.

Sabtu, 3 Mac 2012

Keputusan penuh peringkat ke-9 LTdL 2012

ldtl - 3mac
BERIKUT keputusan peringkat kesembilah jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 sejauh 165.7km dari Kemasik ke Kuala Terengganu hari ini:
  
 10 PELUMBA TERBAIK:
    1. Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 3 jam 27 minit 06 saat
    2. Matteo Pelucchi (ITA) Team Europcar 3:27:06s
    3. Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 3:27:06s
    4. Jacobe Keough (USA) United Healthcare 3:27:06s
    5. Sonny Colbrelli (ITA) Colnago CSF Inox 3:27:06s
    6. Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 3:27:06s
    7. Jani Tewelde (ERI) MTN Qhubeka 3:27:06s
    8. Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27:06s
    9. Thomas Bertolini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 3:27:06s
    10. Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27:06s
    .
    .
    .
    30. Mohd Rauf Nur Misbah (MAS) Malaysia National Team 3:27:06s
    41. Mohd Shahrul Mat Amin (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27:06s
    43. Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia National Team 3:27:06s
    48. Muhamad Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27:06s
    49. Adiq Husainie Othman (MAS) Champion System 3:27:06s
    55. Amir Mustafa Rusli (MAS) Malaysia National Team 3:27:06s
    57. Suhardi Hassan (MAS) Malaysia National Team 3:27:06s
    71. Ahmad Falanie Ali (MAS) Malaysia National Team 3:27:06s
    112. Ng Yong Li (MAS) Azad University Cross Team 3:31:33s
    114. Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team 3:27:06s
    117. Loh Sea Keong (MAS) OCBC Singapore 3:31:49s
    118. Anuar Manan (MAS) Champion System 3:27:06s
  
(Nota: Semua pelumba yang terbabit dalam kemalangan atau lewat akibat
kemalangan itu pada jarak 3km terakhir diberikan masa sama dengan juara)

      
  
 PELUMBA TERBAIK KESELURUHAN (JERSI KUNING)
 
   ------------------------------------------
    1. Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 30:18:43s
    2. Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli 30:19:13s
    3. Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross Team 30:19:39s
  
  
 PELUMBA TERBAIK ASIA (JERSI PUTIH):
  
  ----------------------------------
    1. Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 30:21:03s
    2. Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team +02:03s
    3. Andrey Zeits (KAZ) Astana Pro Team +02:08s
  
 
PELUMBA PECUT TERBAIK (JERSI BIRU):
    -----------------------------------
    1. Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia - 79 mata
    2. Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team - 79 mata
    3. Jacobe Keough (USA) United Healthcare - 65 mata
    
PELUMBA PENDAKIAN TERBAIK (JERSI MERAH):
    ---------------------------------------
    1. Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli - 27 mata
    2. Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia - 24 mata
    3. Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli - 24 mata
    
PASUKAN TERBAIK KESELURUHAN:
    ----------------------------
    1. Androni Giocattoli 91:00:10s
    2. Astana Pro Team +12:06s
    3. MTN Qhubeka +13:36s
    
PASUKAN TERBAIK ASIA KESELURUHAN:
    --------------------------------
    1. Astana Pro Team 91:12:16s
    2. Tabriz Petrochemical Team +06:08s
    3. Terengganu Cycling Team +16:55s

Rabu, 29 Februari 2012

Tahniah: Mawi Kini Bergelar Bapa, Ekin Lahirkan Cahayamata Pertama!

Sebelum itu, minta maaf kerana terlambat sedikit berkongsi cerita gembira ini. Lama tidak mendengar khabar dari Mawi & Ekin kan? Selepas majlis perkahwinan mereka yang berlangsung lebih 3 tahun yang lepas pada tahun 2008, kini Mawi & Ekin telah pun dikurniakan cahayamata mereka yang pertama pagi 28/02/2012.

Ahad, 26 Februari 2012

12 Mac Berita Gembira Untuk Penjawat Awam?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Khamis, 2 Februari 2012

Selamat tinggal Zacharia Simukonda


Kelibat pemain import kelahiran Zambia, Zacharia Simukonda beraksi bersama pasukan T-Team bakal berakhir apabila kontraknya dijangka ditamatkan dalam masa terdekat ini berikutan masalah kecederaan.

Zacharia dikatakan mengalami kecederaan tisu di pangkal pahanya koyak dan memerlukan masa yang lama untuk pulih.

Ahad, 29 Januari 2012

Terengganu pula aibkan Singa di kandang sendiri


Di Stadium Jalan Besar, Singapura, jaringan tunggal pemain import, Francis Forkey Doe pada babak kedua perlawanan sudah memadai buat Terengganu melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Lions XII.

Tuan rumah memiliki peluang untuk membuka jaringan pada minit ke-76 namun pemain gantian Agu Casmir sekadar menyepak bola melepasi palang gol ketika penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee sudah tertewas.

Ahad, 15 Januari 2012

T-Team Terus Kutip Tiga Mata Pada Perlawanan Kedua Liga Super

Image Detail



KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pasukan bertaraf kelab, T-Team terus mengutip tiga mata penuh pada perlawanan Liga Super setelah berjaya menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Ketua pasukan T-Team, Zairo Anuar Zalani menjadi wira pasukan tersebut apabila berjaya menyumbangkan dua gol pada minit ke-30 dan minit ke-79, manakala gol terakhir dijaringkan oleh Zacharia Simukonda pada minit ke-69.
Sabah pula mencatat kemenangan pertama apabila menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...